Translate

Selasa, 6 Oktober 2015

Servis Intake Manifold Perdana V6

Assalamualaikum W.B.T..

Alhamdulillah...terima kasih pada pengunjung yang sudi datang ke blog ini...Entri pada kali ini,saya hendak berkongsi sedikit pengalaman saya dalam melakukan servis ringan pada intake manifold Perdana V6.Ternyata intake ini berbeza dengan kereta kebanyakan...Sejujurnya kerja-kerja ini tidaklah terlalu susah cuma serabut sahaja sebab banyak wiring dan screw...

Jadi , mari lihat beberapa gambar yang sempat di ambil oleh saya sendiri...tapi,ada beberapa part yang x dapat di ambil sebab buat kerja sorang-sorang....





















Gambar atas-Inilah enjin 6A12 NA yang menjadi nadi kepada perdana V6.Penuh enjin bay.
Untuk mengeluarkan intake manifold ini,perlu menggunakan spanar size 10 dan size 12...
Segala wiring yang bersangkut-paut pada intake bolehlah di cabut kesemuanya...
















Gambar atas-Inilah rupa intake manifold perdana itu selepas keluarkan...Yang sebelah kiri tu adalah throttle body...Ada cooling system di situ (pipe getah radiator hitam),maka hendaklah di buka juga dengan membuka klip dan cabut terus..
















Gambar atas-Ini pula keadaan di engine bay perdana...Nampak jelas disitu masih ada part yang tertinggal iaitu lower intake..Lower intake ini masih terikat di engine dan perlu dibuka secara berasingan dari intake manifold yang sebelah atas tadi..Untuk mengeluarkannya,perlu membuka skrew size 12 yang ada pada fuel rail 4 biji kesemuanya...dan 8 biji nut pada bahagian lower intake itu sendiri...

















Gambar atas-Inilah keadaan lower intake selepas dikeluarkan...

















Gambar atas-Lagi gambar untuk bahagian dalam...dah kotor nampaknya...





















Gambar atas-Lagi gambar untuk menunjukkan keadaan dari bawah...Permukaan dalam setiap lubang sedikit kasar...Selepas cuci mungkin perlu buat sedikit polish work...

Jadi berbalik pada intake manifold yang hendak dicuci...Saya terus sahaja membuka bolt jenis allen yang ada di sekeliling intake..tengok gambar bawah...




















Gambar atas-Inilah yang dapat dilihat selepas intake dileraikan menjadi 3 bahagian...ada 6 injap di dalam,bagi setiap lubang..
















Gambar atas-Close up sikit..bukan sahaja kotor...tapi juga keras untuk kerja-kerja cuci..
















Gambar atas-Rupa injap yang agak kotor..

















Gambar atas-Part yang lagi satu juga berkeadaan sama.
















Gambar atas-Ini adalah gambar selepas dicuci...80% bersih cuma ada sikit-sikit kat celah susah nak bersihkan..
Untuk cuci,saya hanya menggunakan sabun basuh baju je..sebab sabun jenis ni sedikit tajam tapi hati-hati tangan boleh jadi panas..
















Gambar atas-Close up sikit untuk lebih jelas..
















Gambar atas-Lagi gambar selepas dicuci.

















Gambar atas-Selepas siap cuci,saya buka pula setiap injap untuk kerja2 polish..

















Gambar atas-Ini selepas injap dibuka kesemuanya..Dan setiap kepingan injap tu,saya gunakan sand paper 1000cc
dan finishing menggunakan autosol sahaja..
















Gambar atas-Ini pula gambar selepas siap polish dan dipasang semula..

















Gambar atas-Bahagian dalam.
















Gambar atas-Zoom sikit untuk lebih jelas...

















Gambar atas-Setelah siap,maka pasangkan semula bahagian yang dileraikan tadi..Pastikan skrew injap diketatkan secukupnya sebelum mencantumkan.gunakan sedikit gam gasket untuk mengelakkan " leaking " atau kebocoran..






















Gambar atas-Siap ditemukan semula part-part yang dipisahkan tadi...Berbalik semula kepada lower intake..



Dua gambar di atas perbezaan sebelum dan selepas di cuci...Dan pada lubang tu saya lakukan sedikit "grind" dan " polish"..untuk mengurangkan rintangan angin sewaktu enjin bekerja.




Dua gambar di atas ini pula pandangan bawah lower intake sebelum dan selepas di cuci..

Selepas itu,siap semuanya..bolehlah dipasang semula bahagian-bahagian tadi..terlanjur saya dah buka intake ini...dalam masa yang sama juga saya buka semua plug dan bersihkan karbon pada pin..


Ini sahaja entri untuk kali ini...Insya-Allah bertemu lagi di lain DIY..

Terima Kasih..Bye


















Projek Tukar Suspension Kancil