Translate

Rabu, 25 Mac 2015

Servis kereta wira - 3

Super Touring Clutch 8.5 inches

Assalamualaikum,

Post kali ini,aku nak berkongsi sekali lagi tentang pengalaman aku, iaitu kerja menukar clutch kereta wira dulu.Asal kereta wira 1.5cc , hanya menggunakan clutch single plate bersaiz 6.5" sahaja.Jadi aku berhajat tukar stock clutch kepada yang lebih besar berasal dari mitsubishi super touring.Tambahan stock clutch sudah berkhidmat lebih dari 13 tahun, also more than 200 km...speaking pulak dah.hahah...

Kerja-kerja menukar cluth ini memang susah sedikit,kalau buat seorang diri memerlukan tools yang mencukupi.Kerana untuk menukar cluth sahaja,gearbox perlu di buka dan di turunkan,gearbox ni tak lah ringan sangat kira-kira pun lebih dari 15kg.Ini termasuklah driveshaft yang bersambung ke gearbox,perlu di cabut terlebih dahulu.

















Gambar di atas ni masa kerja2 hendak menurunkan gearbox.

Mula-mula buka skrew driveshaft bersaiz 32..memang keras nak pusing skrew besar ni.Dan cabut keluar drive shaft...Perlu belajar cara cabut driveshaft ni,pasal perlu ada teknik yang betul baru dapat keluarkan nya.Boleh tahan susah kalau tak tahu...huhu..Lepas tu jack naik kereta.Kena pakai 2 jack untuk turunkan gearbox.

Nampak kat situ driveshaft boot yang tertinggal sebab dah koyak habis.Banyak skrew perlu dibuka,semua yang bersangkut paut di gearbox perlu di buka.Ini termasuk klip-klip pada lever gear,sckrew pada clutch pump,mounting gearbox,crossmember beserta mounting depan belakang enjin dan starter.Keluarkan gearbox fluid juga.

















Ini keadaan gearbox housing selepas di pisahkan dari enjin,nampak terlalu kotor.

















Selepas cuci,bersih sedikit.Baru sedap mata memandang.haha...

















Ini lah perbezaan antara stock cluth dan clutch super touring.Nampak besar kerana super touring datang dari enjin 1.8cc beserta clutch 8.5"..Clutch ni aku beli online kat mudah.my sekitar RM200 termasuk poslaju.

















Ini saranan dari member aku,bila dah buka gearbox ni,perlulah tukar terus oil seal di bahagian center tu,berbentuk ring berwarna coklat...Bila rosak pada oil seal ni,minyak enjin boleh leaking dan menyebabkan kerosakan teruk kerana tiada pelincir..Dan kos menukarnya sangat mahal kalau nak dibandingkan dengan harga barang kerana perlu buka semua ni semata-mata nak tukar oil seal sahaja...huhh...harga barang sekitar RM50,kos tukar lebih kurang RM150-RM200...

















Inilah keadaan cluth super touring siap di pasang.Nampak penuh pada bahagian flywheel tu..Tak sempat sebenarnya aku nak skim flywheel tu..Kalau tak,mungkin flywheel lebih ringan , sebab stock berat sangat.
Apa pun kena minta nasihat sebelum skim.


















Ini driveshaft,ada kerosakan pada CV Joint dia,jadi aku tukar CV Joint baru sahaja.Maksud CV Joint ni Constant Velocity Joint.Untuk kereta wira ada 3 siri driveshaft,jadi kalau nak beli CV Joint,kena bawak yang asal-lama ke kedai spare part sekali.

















Sekadar gambar tambahan,selepas itu pasang semula gearbox ke tempat asalnya nya dengan menggunakan jack dan pastikan semua skrew dipasang semula.Jangan ada yang tertinggal..haha..Kalau nak senang,masa buka tandakan semua skrew supaya tidak bercampur.


Setelah siap semua di pasang,ujian kereta di buat dan kesan nya memang berbeza.Pick-up dan acceleration.Lebih relax memandu kerana kurang slip berlaku pada clutch plate dengan flywheel.Mudah semasa memotong.Siapa yang dah pakai,dia tau lah...hahah..

Terima kasih kerana sudi datang.

Wassalam...


























109 ulasan:

  1. Salam tumpang tnya sikit kalau iswara aeroback 1.3 blh masuk x clucth 1.8 dan flywheel nak kna skim x?...apa keburukkan jika flywheel skim? Minta pencerahan sikit

    BalasPadam
  2. W'salam Tuan...Boleh masuk,tiada masalah...skim process pada permukaan flywheel sebenarnya bagus bagi meningkatkan cengkaman clutch dan meringankan sedikit beratnya (improve acceleration)...
    Keburukan hanya jika terlalu ringan akan mengganggu "top speed"..kecuali bagi kereta yang benar2 diubahsuai untuk perlumbaan drag...Juga boleh rujuk pada pakar2 mekanik.Moga membantu,Terima Kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau pakai clutch 1.8 kena tukar flywheel x.saya wira 1.3

      Padam
    2. perlu tukar sekali...sebab clutch 1.8 besar dan permukaan yang perlu melekap (flywheel) mestilah besar juga...

      Padam
  3. Salam,nk tnya...adakah skim prmukaan flywheel boleh myebabkn clutch slip atau gear ssh masuk dsebabkn ketebalan flywheel tak menckupi???

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam Tuan...sebenarnya skim process untuk meratakan semula permukaan,kerana ada sesetengah kes berlaku deep grooves (garisan2 berlongkang) yang menyebabkan slip cluth.Contoh boleh lihat seperti disc brake.Kerana itulah skim perlu dilakukan bagi membaiki kuasa cengkaman cluth (sama seperti disc brake).Dan skim process hanya "memotong" sedikit sahaja pada permukaan sekitar 0.1mm-0.2mm(bergantung pada kerosakan)...Bagi mereka yang lakukan skim process ini,biasanya pada masa yang sama mereka juga akan lakukan "process lightweight" iaitu membuat beberapa lubang di sekitar flywheel (bukan di permukaan skim) sekaligus mengurangkan berat flywheel tadi....

      Tambahan info : Sebaiknya selepas skim,gunakan clutch plate baru kerana cluth plate lama yang ada deep grooves,akan merosakkan kembali permukaan flywheel..Teknik yang sama juga digunakan pada brake pad dan disc brake....

      Sekian,Terima Kasih kerana melawat blog ini..

      Padam
    2. Sallam tuan,nk tnye klu drive shaft auto boleh x pakai ntuk masuk ke gear box manual?

      Padam
    3. W'salam,
      Sepengetahuan saya drive shaft auto dan manual tidak sama.Berbeza pada Inner CV Joint iaitu shaft yang bersambung ke gearbox.

      Padam
  4. Salam,tuan..nk tny, kereta wira 1.5 auto sy mengaum masa enjin panas bila gear dlm keadaan neutral & parking..perkara ni berlaku bler dah pandu selama 30 minit..nak masuk gear pun tersekat-sekat..adakah ni berpunca dr gearbox yg nak rosak???

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam,

      Jika kereta mengaum sewaktu neutral dan parking mode,bermakna waktu ini gearbox dalam waktu tidak bekerja.Jadi,ada kemungkinan gearbox tidak terlibat...Cuba periksa Idle Speed Control pada throttle body kereta,mungkin ada komponen yang patah dan tak berfungsi dengan baik...Selain itu enjin perlu di setup semula seperti intake manifold,injector,spark plug,distributor diselenggara dengan baik....Terima Kasih...

      Padam
  5. salam bos.. satria 1.3 boleh masuk gearbox 1.5/1.6 dan flywheel 1.5/1.6 tak ? apa kebaikan dan keburukan dia ye ?

    BalasPadam
  6. W'salam...enjin 1.3 boleh masuk gearbox 1.5 tapi x boleh masuk gearbox dari 1.6 atau 1.8...
    Namun gearbox 1.3 & 1.5 masih boleh menerima set cluth flywheel 1.6 atau 1.8..
    Kebanyakan komen pengguna tentang set clutch ini adalah positif...keburukan hanyalah anda perlu melabur sekitar Rm800 +- dalam proses menukar set cluth & flywheel ini termasuk pemasangan...

    Sekian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan,boleh bagi contoh brand clutch set tersebut. Yg selalu sa nampak kena jual dkt online ialah clutch Proton Perdana 1.8 bersiaz 8.5inci berserta flywheel super touring. Adakah set ni sesuai utk Saga LMST 1.3 carburetor utk tujuan upgrade power?

      Padam
  7. Salam boss nk tnya kos/anggaran utk tukar gearbox wira 1.5 manual brape erkk?? Mne yg elok recon/ kdai potong??

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam...Kalau kereta tuan jenis auto,kos tinggi sedikit kerana perlu penambahan gear lever,cable set,manual foot pedal dan meter(kalau x tukar pun boleh)...Anggaran kos sekitar Rm1k-Rm1.5k...Tetapi,jika kereta tuan jenis manual anggaran sekitar Rm800-Rm1.1K...Bergantung pada mekanik di tempat tuan...Jika menukar gearbox manual,jenis transmisi ini tak banyak kerenah berbanding auto,jadi saya sarankan beli dari kedai potong sahaja tetapi tetap perlu dapatkan waranti dari penjual..Sekian.

      Padam
  8. Assalamualaikum tuan sy pakai gearbox 1.5 tp guna flywheel 1.6,tp kerap slip bila buka clutch masih cntik..boleh sy tahu apa saiz clutch utk flywheel 1.6 adakah 8" atau 8.5"???jika sy pkai flywheel 1.6 boleh ke sy msuk clutch 3kaki atau 6kaki??apakah saiz utk clutch 3/6 kaki ni??mohon pencerahan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikumsalam,saiz asal clutch utk flywheel 1.6 8inci,dan tiada mslh jika tuan 8mgin gunakn clutch jenis 3kaki,4kaki atau 6kaki

      Padam
  9. bos nak tanye.drive shaft wira yg blah knan 1.6 pnye bleh msuk ke 1.5 x

    BalasPadam
  10. bos nak tanye.drive shaft wira yg blah knan 1.6 pnye bleh msuk ke 1.5 x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti kerana kereta wira 1.5 itu sendiri memiliki 3 siri drive shaft yang berlainan...

      Padam
  11. Salam...nak tanya,klu nak tkar flywheel oil seal viva kena trun enjin ke?
    Biasa brpa upah kat kedai klu nak tkar flywheel oil seal viva manual?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam..
      kalau nak tukar oil seal flywheel viva,tak perlu turun enjin..hanya perlu turun gearbox sahaja.kecuali kereta kancil,kelisa dan kenari.upah sahaja mungkin dalam 150-250..bergantung pada mekanik dan kawasan

      Padam
  12. Assalamualaikum tuan..sy guna satria 1.5 auto. Mslhnya bila gear D,2,L, keta jd berat sgt mcm nk jln dan enjin mengaum. Tapi gear reverse elok mcm biasa je. Thn lps sy dh baiki. Mekanik ckp mlsh gearbox hgga menelan kos rm1500 trmsuk sdikit komponen lain. Skrg ni plak blom lg smpai stahun tiba2 jd camtu blk..adakah mslh speed sensor? Tnya mekanik diorg ckp kna tukar gearbox. Ada yg nk rm1800 dan ada yg nk rm2000 lebih. Apa mslh sbnrnya tuan? Semlm sy pegi jumpa mekanik yg repair keta sy thn lepas tu,lepas tmbh myk gear 2liter dia test bawak sorg2 dia, pastu dia ckp kna bukak cek gearbox..sy ckp kat dia sy blom cukp duit lg nk repair. Kemudian dia ckp ok lah nanti dh ready dtg la blk kat kedai dia. Dia ckp dia dh ejas sikit nk bg keta tak meneran sgt. Dia ejas apa xtau la. Masa sy nk blk sebaik shj smpai lbh krg 100m meter dgn kedai dia tiba2 gear tak berfungsi langsung. Gear R je ok. Mntk tlg tuan jelas kan..terima kasih tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'Salam...masalah gearbox auto ni memang rumit dan sebenarnya susah nak di jelaskan secara lisan.Cuma yang boleh saya bantu,harga bagi menukar gearbox auto wira ini sahaja sekitar Rm1200-Rm1500(kerana harga bagi gearbox sahaja Rm800-Rm1200)..Tak pasti apa alasan bagi sesetengah mekanik yang meletakkan harga lebih tinggi dari itu..Mungkin bengkel yang jauh dari kedai potong atau mereka mempunyai warranty yang lebih lama...

      Nota Tambaha : Bagi pemilik kereta auto,mereka perlu tahu bahawa kereta jenis tranmisi ini sangat sensitif.Perlu di selenggara bila sampai waktunya.Dan mempunyai service kit sendiri.Tak kira jenis dari pengeluar mana sekalipun,bila gearbox auto perlu berhati-hati..Saya sendiri melihat rakan-rakan sekeliling yg melalui masalah gearbox auto ini dari jenis Proton Savvy AMT,Honda Civic 1.7,Honda Jazz,Toyota Wish 2.0,Produa Myvi,Hyundai Atoz malahan Mercedes Benz juga ada.Selain dari itu yang kita tahu model dari volkswagen dan BMW juga...Rumusan nya,perlu memandu gear ini dengan baik dan selalu peka bila sampai waktu selenggara.
      Sekian sahaja..

      Padam
  13. Salam tuan..sy pkai wira 1.3 manual..dri dlu lg dh mmg dpt clutch S.T satu set..bru2x nie sy ade ovehol gb..skrg kreta terasa pyh nk dpt 120kmh...org ckp gb dgn clutch xngam..btol ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam..Jarang berlaku masalah begini berkait dengan gearbox,kecuali gearbox itu memang bermasalah dari awal...Cuba check semasa memandu laju samada engine mengerang atau sebaliknya..jika tidak,gearbox adalah perkara kedua selepas enjin....Jadi chek air filter samada bersih atau kotor,chek injector mungkin tersumbat,spark plug,distributor,distributor cable..ini semua memainkan peranan penting dalam kelajuan,penjimatan minyak....selain dari itu,valve gap perlu di periksa dan jika piston ring terlalu fit dengan dinding silinder juga boleh menyebabkan masalah sama...

      Boleh periksa pada yang lebih pakar.. :)

      Terima kasih

      Padam
  14. salam tuan.gen2 cps 1.6 standard gb 92 boleh tak masuk plug n play clutch exedy 1.8..perlu buat lubang skru baru tak kat flywheel ni..tq.

    BalasPadam
  15. Kalau nak masuk clucth plate 1.5 kat satria 1.3 kne tukar apa je ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. plug and play...tapi tak banyak beza....kebiasaan pemilik kenderaan akan menukar terus pada yang size besar sebab kos buka gearbox agak mahal...so,sekali jalan sahaja...terima kasih

      Padam
  16. Kenapa tekan clutch keras sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. chek cable,lever,washer hydraulic pump...mungkin sudah lama berlaku "wear and tear"...

      Padam
  17. Salam bos.sy pkai wira 1.5 Dan sy nk tukar clucth 1.8 perlu ke sy tukar flywheel?n klau pkai clucth 1.8 8" kena Modi x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam..ye kena tukar flywheel sekali..plug and play sahaja dari model misubishi yang berkaitan..

      Padam
    2. salam bos..kalau wira enjin 1.8 masuk gearbox 1.6 ada masalah kah bos?

      Padam
  18. assalam boss hensem .. sya pakai wira 1.5 auto . kalo nak pkai clutch 1.8 boleh tak ? perlu tukar skli flywheel ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam Boss yg hensem jgk...kalau auto gearbox x boleh tukar cluth dan flywheel macam gear manual...mekanikalnya berbeza..gear auto menggunakan "torque converter"...

      Padam
  19. Salam bos..pe perbezaan flywheel 9inci dgn 8.5..mne lgi best

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam bos...9" lebih besar..biasanya lebih besar maka lebih baik...

      Padam
    2. Assalamualaikum.Boss sy ada masalah dengan gear reverse.bila masuk je ada bunyi bergesel kuat..sy tnya mekanik dia ckp msalah clutch plate.btol ke?

      Padam
  20. Salam bos,nk tanye sikit sye pakai iswara eroback1.3 nk masuk clutch plate wira 1.6 boleh x? kena tukar sekali flywheel ke..?

    BalasPadam
  21. السلام عليكم bro, awak ada ambik upah tukar clutch plate dan flywheel tak? Saya guna satria enjin 4G91.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam..Maaf Tuan,tak ambil...saya tak pakar..huhu

      Padam
  22. Assalamualaikum tuan.. tmpang tnye.. gear 5 kereta sya tendang. Sya perlu tukar gearbox atau gear 5 sahaja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam,
      Kalau proton wira memang boleh tukar gear 5 shaja...

      Padam
  23. Asalamualaikum..bro,sya pakai perdana 2.0 manual sohc..masalahnya gearbox rosak,mw tnya blh ka pakai gear box wira 4g15

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam Tuan,

      Tak boleh masuk bos,tapak tak sama.Harga pasaran gearbox manual Sei sekitar 1-1.5K..

      Padam
  24. askm...sy nk tny gearbox asl 1.3...klu tkr gear box 1.5..pickup n speed da tak boss.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam,sama sahaja..Beza 1.3 dan 1.5 adalah pada size piston..
      Size piston 1.3 (71) dan 1.5 (75.5)....

      Padam
  25. Sya nk tnya. Gear wira auto ni ada 3 gear sja. Ada Cara lain x untuk tmbh gear. Atau tkar gearbox.dan mass nk hdupkn enjn wktu sjuk agak lmbab.dan apabila enjin dh hidup, ada wap putih campus skit air kluar dri exhaust.apa mslah sbnar ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh tuan tambah gear..Siri enjin 4G13,15 auto mmg ada 3 speed sahaja..kalau pagi start enjin ada keluar wap dan air bermakna enjin kereta masih baik....tapi kalau asap putih sahaja keluar perlu lakukan "top overhaul"...

      Padam
    2. ada tak cara atau gearbox yg 4gear sesuai utk masuk 4g15?

      Padam
  26. Asalammualaikum, kalau wira 1.5 nak tukar clutch lining 8inci xpayah tukar flywheel boleh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam,

      Tak boleh tuan,flywheel wira 1.5 kecik...Jadi bila tukar cluth 8" kena tukar sekali flywheel besar..

      Padam
  27. Asalamualaikum bos, tumpang tanya sikit.saya pakai 4g93 twincam, masalahnya clutch pedal tinggi. Clutch sayang dah tukar baru, flywheel pakai lama balik.mcm mana nak rendahkan tekanan pedal clucth bos.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam Tuan...boleh google "clutch pedal adjustment"....Jadi Tuan boleh rujuk gambar yang boleh mambantu...ada screw adjust di situ...

      Padam
  28. Salam tumpang tanya tuan sekira ya ..kita pakai clutch supertouring ni pada wira 1.3 tampa skim bole ka tuan ..pnp ja terus tdk apa2 ka tu klau tdk skim ....sekian terima kasih

    BalasPadam
  29. Salam tumpang tanya tuan sekira ya ..kita pakai clutch supertouring ni pada wira 1.3 tampa skim bole ka tuan ..pnp ja terus tdk apa2 ka tu klau tdk skim ....sekian terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam...

      Tak da masalah tuan...project saya buat ni pun x buat apa2 skim pada flywheel...just plug and play....tak sempat nak buat skim...Terima kasih...

      Padam
  30. salam.. tuan.. kereta wira1.3 sy ada masalah.. bila tekan clutch ade bunyi di bahagian engine.. bila bawak dlm 15 minit nk masuk gear 1 dan reverse susah ..
    adakah masalah bearing clucth rosak..
    dan boleh ke sy tukar pkai clucth perdan v6..
    brg 2 yg perlu sy beli mcm bearing n clucth tu kne size perdana v6 juga ke mcm mana?
    bile tunjuk ajar.. listkn brg yg perlu sy beli untuk pkai clutch perdana.. dan termasuk minyk gear..
    terima kasih.

    BalasPadam
  31. salam.. tuan.. kereta wira1.3 sy ada masalah.. bila tekan clutch ade bunyi di bahagian engine.. bila bawak dlm 15 minit nk masuk gear 1 dan reverse susah ..
    adakah masalah bearing clucth rosak..
    dan boleh ke sy tukar pkai clucth perdan v6..
    brg 2 yg perlu sy beli mcm bearing n clucth tu kne size perdana v6 juga ke mcm mana?
    bile tunjuk ajar.. listkn brg yg perlu sy beli untuk pkai clutch perdana.. dan termasuk minyk gear..
    terima kasih.

    BalasPadam
  32. salam ustaz, saya ade body wira 1.6, enjin dah jual masa tgh miskin dulu2..skang nak buat balik..kalu dari iswara bole masuk x? mounting semua sama ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam...kalau tak silap boleh masuk,mounting sama..kalau salah sila perbetulkan...

      Padam
  33. Assalam tuan... Saya pakai wira manual 1.5 tapi set clutch dah tukar 1.6 8 inch super touring... Dah pakai dlm 2 1/2 tahun... Lately ni asyik slip je bila enjin sejuk.... Boleh tau apa masalahnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam...kena check dalam clutch,mungkin ada leaking,minyak masuk ke flywheel...

      Padam
  34. Assalam.. Proton wira SE boleh masuk x clutch 8.5"

    BalasPadam
  35. Assalam Bossku...

    nk tanya kenapa kereta sy clutch slip bila nk tekan pickup masa gear 3,4,5. adakah boleh jadi terkena minyak pada clutch plate, sbb ade kesan minyak pada bahagian bwh gear box. clutch sy baru pakai setahun je.

    terima kasih bossku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tgk dlu ada kebocoran dekat area flywheel ke x..

      Padam
  36. Salam boss.. sy pkai keta wira, msalah keta skrng ni bila masuk gear kreta tk brjln, smua gear. enjin dlm keadaan hdup tk tekan clutch pn gear bleh msuk.. adakah clutch plate lekat?? Mntak penerangan boss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Clutch habis dh tu..
      Wira enjin apa bos?
      Kalau gearbox pakai kabel try ejas kabel dlu..tapi mmg clutch dh habis tu..

      Padam
  37. bos.gearbox manual 1.3 dgn 1.5 sama ke?gearbox 1.5 boleh msk 1.3 ke?

    BalasPadam
  38. Salam bos.. saya punya kereta wira 1.5.. nak masuk kan lining klutch waja 1.6...
    Perlu kah sy ganti flywheel.. atau pakai balik

    BalasPadam
  39. Salam boss.adakah gearbox wira 1.3 dan 1.5 berbeza.maksud sy pd gigi gearnya.kereta sy asal 1.3 telah tukar 1.5. Masalahnya bila sampai gear 5. Kereta sy mcm minta gear lg.adakah gigi gear berbeza.minta penjelasan.t kasih boss.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1.3 dan 1.5 asal 3 gear je tuan setahu saya. mmg akan mintak gear.

      Padam
  40. salam. sy nk tye. lepas tukar timing belt wira 1.3 manual.bila tekan pedal minyak rasa kereta lambat bergerak. kenapa tu

    BalasPadam
  41. Assalamualaikum tuan, nak tanya pasal gearbox yrv turbo auto 1.3. Bila masuk gear reverse (R) Enjin sentap sampai bergegar dengan bunyi “dup”. Apa perlu saya buat. Tukar gearbox atau baik. Tp tak tahu apa kerosakan dan bolehkan kalau saya masukkan gearbox 1.5 untuk bekerja dengan enjin 1.3 atau saya hanya perlu tukar clutch yang lebih besar. Bagaimana saranan tuan kepada saya terima kasih

    BalasPadam
  42. Apa masalah gearbox sentap bila tarik pada kedudukan reverse(R). Benda apa yang perlu di tukar. Bolehkah enjin 1.3 turbo pakai gearbox yang lebih tinggi cc contoh 1.5/1.8/2.0 dan bagaimana tindakbalas pada enjin dan kenderaan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gearbox problem rasanya..tapi tgk dlu mounting enjin ok ke x..drive shaft byk freeplay ke x..gearbox 1.5 ok dh..enjin apa?

      Padam
  43. salam , saya nak tny klau 1.6 mnual nak msok clucth 8.5 “ boleh ke ?? kne tukar brng lain tak ?

    BalasPadam
  44. bengkel bos buat dekat mana..?upah tukar barang sahaja berapa ya kalau clutch saya beli sendiri..model perdana sei

    BalasPadam
  45. Salam n selamat hr raya, hrp tuan dpt bantu permasalahan sy, wira auto 1.5 sy bila bergerak n kalau berhenti seketika dia jd free sebentar wpn gera pd kedudukan D , adkah tu tanda gearbox prob , dn sekarang minyak gearbox bocor tanya pomen depa ckp oil seal gearbox so bpr kos pembaikan tkr oilseal gbox ?

    BalasPadam
  46. Saya punya kete 1.6 auto wira .berhajat nk pakai manual class cable 1.5 class plat 1.6 boleh kew tua driveshaft sme kew

    BalasPadam
  47. Salam saya pakai wira 1.6 xli Auto 4g92. Saya tukar gearbox mitsubishi 1.8 4g92 auto. Masalah nyer pickup dan top takde nak dapat 150kmh pun susah.naik bukit lembab kenapa ye

    BalasPadam
  48. Assalammualaikum .. nk tnya berapa berat fly wheel 1.6

    BalasPadam
  49. Ad beza ke break pad wira 1.3 dengan 1.6

    BalasPadam
  50. Salam.. Nk tnye.. Wira sy 1.5 injection, skrg sy ade mslah bile gear r gedegak² bunyinye n slalu mampoih bile nk reverse. Spupu sy pomen, dye kabo suh tuko clutch plate, da cek pump clutch atas bwh xde bocor tp owner dlu kabo bru tuko x smpi 1taun lg, clutch yg pkai skunk clutch perdana 8.5inci,pehtu owner lame suh cek paddle clutch tu sbb dlu kete tu auto, skunk da jd manual.. Dye takut antara btg penyambung ke paddle tu yg problem.. Sbb besi lembut.. Katenye.. Sy pn da pening tulis ni, yg ni je sy x cek lg.. Dr cerita sy ni, Awk rase mslah paddle ke or clutch plate..? Sbb klu clutch, xkn gear r je yg prob ye dak? Ke padle x tekan abes sbb besi penyambung tu lembut? Nk minx nasihat awk

    BalasPadam
  51. Salam..nk tanya..sblom ni saya pakai gearbox 1.5 skrg 1.3 top speed gear 5 mati..adakah ratio final drive berlainan

    BalasPadam
  52. Kos upah utk tukar timing belt dan baiki minyam itam bocor berapa agak2?

    BalasPadam
  53. 1.3 iswara aeroback nak upgrade clucth 1.6 flywheel 8inci boleh kew
    Nak bgi sesedap sikit tgh minyak ape perlu perubahan kos anggaran???

    BalasPadam
  54. Boss engin 1.8 boleh ke masuk gb 1.5

    BalasPadam
  55. Assalamualaikum bang.. saya nak bertanya.. ada beza ke gearbox 1.3 dengan 1.5 dan macam mana cara kita nak kenal pasti perbezaannya??

    BalasPadam
  56. assalamualaikum tuan yg bijak sana.sy menggunakan 1.5 wira manual.apa jenama yg sesuai utk tukar cluch plate?dan perlu menukar satu set ke?maksud sy.cluch dan flywhell ke?ada brapa barang yg perlu di tukar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam...tukar clutch sudah memadai...brand pakai original proton lebih baik... :)

      Padam
  57. Bos sy punye enjin 1.3 sy nak carik flywel 1.8 yang 5 skeru ada ke....

    BalasPadam
  58. Bos..kalu clutch stok ni tukar saiz 8.5 kena mody apa2 x? Atau boleh pnp terus?

    BalasPadam
  59. Assalammualaikum tuan wira 1.3 bole tak masuk gearbox 1.6 tolong beri pencerahan

    BalasPadam
  60. Assalammualaikum boss?...nk tanya sya pakai wira 1.5 manual...kalau nk upgrade clutch kna guna clutch wira 1.8 punya ka?..dan flywheel super touring 8-8.5 inchi ka yg kna tukar?..dan kalau tukar dia ada kacau starter tak? Tuja nk tnya assalammualaikum...

    BalasPadam
  61. Assalamualaikum , boss satria 1.3 bole pkai clutch mirage x ??

    BalasPadam
  62. Admin dah pening nak menjawab soalan...he...he...he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam bos..wira 1.8 boleh masuk gearbox 1.5 kah?

      Padam
  63. Sye pakai wira 1.6...nk convert gb 1.5 bleh x??..
    Lagi stu ape beza gb iswara ngn wira

    BalasPadam
  64. Saga blm 1.3 automatic pakai gearbox 1.6 automatic boleh tak?? Apa beza tuan?

    BalasPadam

Projek Tukar Suspension Kancil