Translate
Khamis, 31 Ogos 2023
Projek Tukar Stabilizer Link Perdana V6
Projek Tukar Curve Lower Arm Perdana V6
Lower Curve Arm Perdana V6 |
Ball Joint separator |
Curve arm lama dan baru |
Support arm |
Selasa, 29 Ogos 2023
Projek Tukar Absorber Perdana V6
Assalamualaikum semua.Apa kabar...lama sangat tak upload projek..saya sangat sibuk dengan urusan di tempar kerja.Sebenarnya ada banyak projek kereta yang saya dah buat,tetapi ada yang tak sempat ambik gambar.Mungkin saya akan upload juga,cuma gambar rujukan tak lengkap..
Untuk entri kali ni,saya cuma nak kongsi cara tukar absorber perdana untuk roda depan dan belakang.Jadi kita mulakan sahaja.
Pertama sekali kita mula dengan roda depan.Bermula dengan asas,"jack" & "jack stand" kereta dan tanggalkan roda depan.
Buka "hood" (bonet depan)-lihat gambar bawah.Longgarkan 3 skrew absorber dan cabut rubber cap multi link tu.
Bahagian bawah (kawasan roda),perlu buka semua skrew yang bersangkut paut dengan absorber.Seperti skrew stabilizer link,skrew atas dan bawah suspension fork.
Skrew bawah fork |
Perlu guna allen key untuk stabilizer link |
Dalam projek ni juga saya saya ganti part baru seperti stabilizer link,curve lower arm,upper arm.Gambar bawah menunjukkan cara buka curve lower arm.
Buka 2 skrew ini.Bahagian bawah kereta. |
Buka juga screw bahagian ball joint.Area ni susah skit perlu pakai ball joint separator untuk memudah kan kerja.Kalau tak pakai pon bole,kena hammer,cara ni bising skit lah.
Ball joint separator tools |
Bila semua dah buka,skrew atas absorber dah bole buka sepenuhnya dan keluarkan absorber.Gambar bawah,keadaan selepas keluarkan absorber.
Absorber yang sudah lama berkhidmat |
Gambar bawah,part yang akan di tukar seperti stabilizer link,curve lower arm dan upper arm.
Untuk keluarkan absorber,guna spring compressor dahulu diikuti dengan membuka skrew di bahagian atas absober.Proses ni lebih baik jika menggunakan power tools impact wrench.Kalau manual guna socket wrench agak susah dan memenatkan.Lihat gambar bawah.
Setelah itu,boleh lah keluarkan absorber lama dan masukkan yang baru.Cuma alang-alang dah buka,saya cuci dulu part-part kecik kat absorber tu.Jadi nampak bersih sikit.Gambar bawah ni selepas siap pasang dan masuk ke ruang roda.
Cuci kawasan roda |
Bersambung di part seterusnya untuk pemasangan stabilizer link,curve arm dan upper arm.
-
Super Touring Clutch 8.5 inches Assalamualaikum, Post kali ini,aku nak berkongsi sekali lagi tentang pengalaman aku, iaitu kerja menukar...