Translate

Khamis, 31 Ogos 2023

Projek Tukar Curve Lower Arm Perdana V6

Bersambung lagi untuk projek yang seterusnya. Kali ini untuk curve lower arm,untuk pengetahuan lower arm ni berat.Memasangnya pulak di bawah kereta,memerlukan kamu untuk baring sedikit. Saya post sekali lagi gambar untuk buka lower arm ini.Buka 2 skrew di bawah body kereta.Lihat gambar bawah



Lower Curve Arm Perdana V6


















Dan buka skrew ball joint di bahagian belakang disk brake.Dekat dengan lower arm.Untuk pisahkan ball joint ini agak susah,jadi perlu guna tool ball joint separator untuk memudahkan kerja.Tool ni murah je beli online.



Ball Joint separator


















Setelah tanggal semua,boleh lah keluarkan curve lower arm ni.Gambar bawah beza
antara lower arm lama dan baru.Yang lama bush rubber dah rosak dan ball joint
pun dah longgar.



Curve arm lama dan baru





















Lihat gambar bawah,saya guna jack untuk support arm ni.Sebab arm ni berat.Jadi
memudahkan saya untuk kerja pemasangan.



Support arm


















lagi gambar support arm dan skrew sudah dipasang.




















Untuk bahagian ball joint.Kamu perlu jack sedikit disk brake ke atas supaya
screw mudah di pasang.Lihat gambar bawah.



Ball joint area


















Sesudah itu bolehlah ketatkan semua skrew yang berkaitan. Bersambung lagi untuk
projek menukar upper arm Perdana V6.
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Projek Tukar Suspension Kancil