Translate

Khamis, 19 Disember 2024

Project Overhaul Perdana V6 / 6A12 Overhaul - 6

Bersambung...Selepas pasang siap 6 piston ke engine.Beralih ke bawah engine untuk pemasangan oil sump.

 

 











Gambar atas - Pasang siap cover dan oil filter.Bersihkan juga kesan gasket lama untuk persediaan pemasangan oil sump.Gambar siap pasang tak ambil.

 











Gambar atas - Seterusnya untuk memastikan head tak bengkok,boleh guna cara ini.Guna kaca tebal berserta kertas pasir 1500cc dan gosok di permukaan secara sehala.Alhamdulillah head ni masih baik.

 

Valve seal baru









Siap pasang valve seal










Gambar atas - Proses memasang valve spring










Gambar atas - siap pasang spring.











Gambar atas - Beberapa gambar sewaktu pemasangan head pada engine.Pastikan gasket baru dipasang.Ada yang spray copper pada gasket dan ada juga yang gunakan gam dayak sebagai tambahan.

 


 








Gambar atas - Proses memasang roker cover,air intake,hose,wiring dan lain2.Banyak gambar tak ambik sewaktu pemasangan ni,terumatanya di kawasan timing belt.

 









Gambar atas - Timing belt,proses memasang seorang diri..memang susah sebab ada 5 marking kena jaga dengan tepat.Kalau silap mark,kereta tak idup.Saya ulang sekitar 15 kali .Maklumlah,saya bukan pakar kereta huhuhu.










Gambar atas - Alhamdulillah selepas siap pasang dan beberapa kali percubaan pasang timing belt.Kereta berjaya dihidupkan.


Selepas 6-7 bulan gearbox saya pula minta clutch baru.Dan saya buat sendiri penukaran clutch plate dan valve body.Nanti ada masa,saya akan share gambar2 DIY...


Sekian sahaja untuk post siri overhaul ini.Terima kasih kerana melawat blog saya ini.Moga dimurahkan rezeki semua.Assalamualaikum...









Project Overhaul Perdana V6 / 6A12 Overhaul - 5

 Bertemu lagi dalam siri overhaul Perdana V6.Gambar-gambar yang saya tunjukkan adalah dari projek yang saya buat sendiri atas risiko saya sendiri.

Untuk anda yang nak buat juga,pastikan mempunyai peralatan-tools yang secukupnya dan menjaga keselamatan terutamanya.Kerana kerja-kerja overhaul ini menuntut anda untuk baring di bawah kereta dengan kerap,jadi perlu berhati-hati selalu.

Pastikan setiap part yang anda buka disusun mengikut turutan,supaya pemasangan nanti tidak tertukar lokasi.Ambil gambar sebelum buka untuk rujukan,terutamanya melibatkan wire socket.

Peralatan sampingan yang perlu ada dalam projek ini juga termasuklah lampu (bawah kereta gelap),besen/bekas untuk rendam part,sabun serbuk basuh baju untuk kerja cuci part dan cuci tangan,berus cat/span untuk mencuci,kertas pasir,kertas alas baring,kertas alas untuk letak part kerta,bekas-bekas kecil untuk letak skrew dll.Mungkin juga sediakan minyak petrol jika perlu dan chemical degreaser (saya pakai brand Toyo).

Sambung lagi projek.....selepas siap pasang ring di piston.


 

Gambar atas - sediakan bearing conrod dan bearing crankshaft untuk pemasangan 

 












Gambar atas - Bearing siap pasang di conrod










Gambar atas - Bearig siap psang di holder frame.Ini untuk Crankshaft.

 












Gambar atas - Saya menukar bearing crankshaft tanpa membuka crankshaft,bahagian ini agak kritikal.Perlu dibuat dengan berhati-hati dan sabar.Boleh study di youtube cara menukar bearing macam ni.

 












Gambar atas - Bearing crankshaft siap dipasang.Perlu rujuk manual book 6A12 cara ketatkan skrew.










Gambar atas - bersihkan kesan gasket lama sebelum memasang piston.

 












Gambar atas - Gunakan Piston installer untuk memudahkan pemasangan.










Gambar atas - 3 Piston siap pasang.Atas piston tu ada mark anak panah.Jangan salah pasang.


atas piston ada mark anak panah.

















Gambar atas - 6 Piston siap dipasang..Maaf saya lupa ambil gambar dari bawah.

 

Bersambung lagi pada post ke 6 ,Insha-Allah ....












Rabu, 18 Disember 2024

Project Overhaul Perdana V6 / 6A12 Overhaul - 4

Bersambung lagi dari post sebelum ni,proses mengeluarkan piston dari engine.

 












Gambar atas - Piston  sudah berjaya dikeluarkan.













Keadaan engine selepas mengeluarkan piston.



Gambar atas - Keadaan piston ring.Ring yang paling bawah tu dah jem,tak mengembang.Ini menyebabkan kebocoran minyak di ruang pembakaran,seterusnya menghasilkan asap putih dan mengurangkan kuasa enjin malahan menyebabkan minyak enjin berkurangan (makan minyak).Ring ini akan digantikan dengan yang baru.



Gambar atas - Bearing conrod yang dah haus.Perlu diganti baru.





















Gambar atas - Piston selepas dicuci.Rendam semalaman dalan air sabun,dan gosok pakai kertas pasir.Slot ring tu pun kena bersihkan,jika tak cuci,akan mendatang masalah sewaktu pemasangan ring baru.

 

Kotoran dalam slot ring









Selepas pembersihan





















Gambar atas - Kerja-kerja polish piston.









 

Gambar atas - Piston siap di polish.













Gambar atas - Proses pemasangan piston ring

 





Gambar atas - Ring siap dipasang pada piston.


Bersambung pada post ke 5....terima kasih pada anda yang sudi melawat.







Project Overhaul Perdana V6 / 6A12 Overhaul - 3

 bertemu lagi kita dalam post ke 3 ini..terima kasih pada yang melawat blog saya.Bersambung dalam proses membersih/mencuci part-part kecil.Seterusnya selepas membersihkan kerak carbon pada valve,bolehlah buat proses valve lapping untuk memastikan valve kita akan melekap pada lubang tanpa kebocoran.












Gambar atas - Saya gunakan cordless drill untuk proses valve lapping ni.Kalau nak manual guna tangan penat,sebab ada 24 valve nak lapping.

 











Gambar atas - Letak paste/compound valve lapping dekat hujung valve.












Gambar atas - Keadaan waktu overlapping.Gambar ni dari view dari bawah.Habis overlapping semua valve,saya bersihkan pula lubang exhaust.













Gambar atas - Saya guna polish bit untuk bersihkan dan ratakan permukaan lubang.Kemudian saya polish sikit gunakan autosol.

 

Exhaust outlet selepas dibersihkan





 



















Gambar atas - Bersihkan juga lubang intake.Gosok denagn kertas pasir 600cc lepas tu polish sikit gunakan autosol.Ini bagi memastikan kelancaran udara masuk.

Setelah membersihkan kesemua lubang intake dan exhaust bolehlah beralih pada oil sump.Ini adalah proses mengeluarkan piston.












Gambar atas - Inilah oil sump yang perlu dilepaskan.Buka semua skrew 10 yang ada pada oil sump.

 


Gambar atas - Selepas membuka oil sump.Nampak dah kotor,minyak melekat pada cover crankshaft.

Buka lagi skrew 10 yang ada untuk melepaskan filter dan cover.

 












Gambar atas - Rupa selepas membuka cover..Nampak Crankshaft dan holder.Untuk melepaskan holder,buka skrew dalam bulatan...size 17 kalau tak silap.Maaf lupa size.



Gambar atas - Buka skrew Connecting rod size 12 untuk mengeluarkan piston.Perlu pusingkan crankshaf satu persatu bagi memastika connecting rod berada paling bawah,ini akan memudahkan proses membuka skrew dan mengeluarkan piston dari silinder.

 

Bersambung pada post seterusnya....


















Project Overhaul Perdana V6 / 6A12 Overhaul - 2

Bersambung dari post sebelum ni.Head pertama (bahagian depan) sudah dilepaskan dari engine.

Bersambung untuk melepaskan head ke-2 pula (bahagian belakang). 

 

Gambaran selepas head pertama dilepaskan







Sama seperti head pertama,buka semua skrew 10 menggunakan deep socket dan keluarkan head.

Agak berat angkat head ni sebab jauh di belakang,jadi perlu berhati-hati supaya tidak berlaku sebarang kemalangan.

 


 










Gambar atas - keadaan head ke-2 bahagian valve.

 










Gambar atas - Exhaust outlet dah berkerak teruk.Perlu diingatkan,kerak ni keras,susah nak bersihkan.Jadi perlu bersabar sikit untuk kerja-kerja mencuci nanti.

 


 










Gambar atas - keadaan enjin selepas melepaskan kedua-dua head.

 









Gambar atas - kerak pada piston.

 









Gambar atas - lagi gmbar kerak dari piston,

Setelah itu,buka semua valve inlet-outlet dari head.Pastikan disusun mengikut turutan.Supaya tidak tertukar posisi sewaktu pemasangan nanti.

 












Gambar atas - Contoh valve inlet-outlet disusun.Yang ada kesan gunting tu adalah posisi timing belt.

 







Gambar atas - Part-part kecil dari head depan dan belakang.Susun sebaik-baiknya,supaya tidak bercampur aduk.Camshaft inlet-outlet juga berbeza.Kalau salah pasang kereta tak boleh hidup.

 


 








Gambar atas - Carbon yang melekat pada valve.Carbon keras,guna kertas pasir pun susah nak bersih.












 

Gambar atas - Keadaan carbon valve outlet pula.Hampir semua valve exhaust begini.Kesan carbon ini membuatkan pengeluaran asap tidak lancar.

 












Gambar atas - Bersihkan guna wire brush.kalau guna kertas pasir memang susah.


Bersambung di post ke 3.