Translate

Isnin, 4 Mei 2015

Majalah Modifikasi Kereta - Part 2

Bersambung dari part 1 , selepas Majalah Kereta menjengah pasaran pada akhir tahun 1999 , maka bermula tahun 2000 banyak syarikat lain mula mengeluarkan majalah modifikasi tentang kereta..sebenarnya sangat banyak...Aku sendiri tak berapa tahu semua majalah itu...Ada beberapa sahaja yang menjadi pilihan untuk koleksi...

Salah satu Hypertune magazine.
















Ini yang aku jumpa,volume 2 pada tahun 2002...





















Proton Putra ni juga dapat front page Hypertune...





















Majalah Evo...pengeluaran berhenti di tengah jalan...majalah ni unik..sebab awal keluaran dibaca secara melintang..



Majalah rare...hahaha
















Majalah modifikasi yang unik..Dibaca melintang..
















Majalah Khas Audio juga muncul pada Ogos 2001..
















Edisi pengenalan dan pertama masih ada dan elok..
















Antara keluaran pertama majalah-majalah kereta yang muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan..
















Namun sekarang ini , hanya majalah Kereta sahaja yang masih aku follow....Lain-lain kurang berminat..Seperti yang aku kata , adakala gaya persembahan yang serabut dan penceritaan yang kurang menarik membuatkan aku malas nak baca...gambar yang tak memuaskan..so...stop sahaja lah...

Ini sahaja untuk entri kali ini...kalau korang ada buku-buku kereta rare keluaran pertama yang sukar dicari..kongsilah...


Majalah Modifikasi Kereta - Part 1


Majalah Modifikasi Pertama Malaysia

Entri kali ini tentang majalah modifikasi kenderaan.Hari minggu yang lepas aku balik ke kampung melawat orang tua...Tiba-tiba aku teringat tentang koleksi majalah kereta...Majalah ni masih dibeli,cuma aku lebih teruja untuk cari semula edisi pertama...dan akhirnya aku jumpa...

Dan ada beberapa majalah berkonsep modifikasi yang lain juga sewaktu Malaysia dilanda demam custom modified antara tahun 2000-2007 dan sekarang lebih kepada JDM mod..

Keluaran pertama KERETA pada tahun 1999 bulan November...Ada sesiapa yang masih ada?
Ada beberapa keluaran yang tak sampai ke pengedar buku Kota Tinggi masa tu...Jadi keluaran yang tiada dapat cetakan semula bagi memenuhi permintaan peminat...

Yang menarik 99%  majalah ini masih dalam keadaan baik..Terjaga..


Ini front page bilangan satu.





















Antara keluaran awal yang masih terjaga...geledah bilik cari semula setiap keluaran..
















Edisi Khas Pertama..Waktu ni ramai orang tak menyangka modifikasi luar negara sangat hebat..Contoh kereta Suzuki Swift yang menerima sentuhan airbrush sepelusuk kereta hingga bawah arc roda..Keluaran ini juga memaparkan Subaru Impreza WRX The God of Auto Saloon...Nissan Skyline Veilside 1400 HP dan Toyota Supra Abflug...Best





















Antara keluaran yang mengejutkan pembaca...Sebuah Proton Putra menerima modifikasi skyline yang sangat kemas..Kerana waktu itu demam skyline melanda Malaysia..Dan kereta ini dinobatkan juara Final Autoshow pada tahun 2002...Dengar-dengar kereta ni dari Kota Tinggi..





















Sehingga keluaran ini rim 19" paling besar pernah di paparkan di Majalah Kereta...Kemudian barulah ada rim lagi besar pada keluaran seterusnya...hahahaha..






Juara Autoshow 2004 Proton Waja...Satu lagi anjakan dalam dunia custom bodykit.
Waktu ni sangat hebat,banyak peserta membuat pelaburan besar pada kereta masing-masing..





















2 kali menerima front page view...Perodua Kancil yang sama tetapi berlainan bodykit...Superb..Juara Autoshow 2005....Kancil with 6 roda bersaiz 19" offset...
















Beberapa keluaran Khas di bawah bilangan 100...
















Aku suka majalah kereta ni pasal banyak gambar yang diambil jelas dengan sudut yang baik..Penceritaan yang sempoi dan mudah faham...

Bersambung di part 2........




Ahad, 3 Mei 2015

Bingit International Bike Fest 2015 - Page 2

The Best Street Cub - Custom Honda C70

Dari page 1 kita dapat lihat beberapa motor berkuasa besar dan di sini kita akan lebih menonjolkan seni permotoran yang popular di masa kini..Honda C70 yang dulu menerima modifikasi klasik namun rakyat Malaysia sekarang lebih kreatif dengan melakukan perubahan pada "modified mood" untuk model yang semakin "rare" ini...Kalau aku ada budget pun rasa nak juga melabur untuk model ni..

Saksikan...








































































































































































Ini pentas persembahan sepanjang festival..





































Itu sahaja untuk kali ini....mungkin festival ini masih kurang penyertaan kerana mungkin masih kurang di war-warkan...contoh kalau ada penyertaan dari luar negara dan kita boleh berkongsi minat dan pengalaman..
Apa pun festival ini masih meriah dan kami penduduk Kota Tinggi harapkan penganjur teruskan aktiviti tahunan ini di Kota Tinggi..Terima Kasih...









Bingit International Bike Fest 2015 - Page 1

Festival Bingit Bike di Kota Tinggi

Pada 1-3 Mei berlangsung satu festival yang ditunggu-tunggu oleh penduduk Kota tinggi dalam industri permotoran anjuran Bingit International Bike Fest...Ini tahun ke-2 festival bingit di buat di Kota Tinggi dan di kawasan yang sama iaitu di perkarangan letak kereta KipMart Kota Tinggi...Memang best festival seperti ini , berjenis motor kita boleh lihat dengan mata kepala sendiri dari Harley Davidson ke Low Ride,custom bike,superbike dan street cub..

Festival ni dekat sahaja dengan rumah aku,so...jalan kaki sudah..hahaha..macam biasa..sesiapa yang tak dapat datang festival tu,korang boleh tengok beberapa gambar yang aku sempat ambil sepanjang festival tu...

Pintu masuk menyambut pengunjung..Gerbang bersama replika mahkota Johor dan meriam.




MV Agusta Corse.



Custom Low ride
















Harley Davidson 838 Sportster
















Peserta yang hadir pada hari pertama 1 Mei..
















BMW F800R



Hujan di waktu petang,dari kanan BMW HP4,Yamaha R1,Yamaha Super Tenere
dan Naza Blade 250R.
















Ini pada 3 Mei hari terakhir.


















Harley Davidson 1200 Sportster
















Custom Daelim

















Bersambung di page 2..

Projek Tukar Suspension Kancil