Translate

Isnin, 4 Mei 2015

Majalah Modifikasi Kereta - Part 1


Majalah Modifikasi Pertama Malaysia

Entri kali ini tentang majalah modifikasi kenderaan.Hari minggu yang lepas aku balik ke kampung melawat orang tua...Tiba-tiba aku teringat tentang koleksi majalah kereta...Majalah ni masih dibeli,cuma aku lebih teruja untuk cari semula edisi pertama...dan akhirnya aku jumpa...

Dan ada beberapa majalah berkonsep modifikasi yang lain juga sewaktu Malaysia dilanda demam custom modified antara tahun 2000-2007 dan sekarang lebih kepada JDM mod..

Keluaran pertama KERETA pada tahun 1999 bulan November...Ada sesiapa yang masih ada?
Ada beberapa keluaran yang tak sampai ke pengedar buku Kota Tinggi masa tu...Jadi keluaran yang tiada dapat cetakan semula bagi memenuhi permintaan peminat...

Yang menarik 99%  majalah ini masih dalam keadaan baik..Terjaga..


Ini front page bilangan satu.





















Antara keluaran awal yang masih terjaga...geledah bilik cari semula setiap keluaran..
















Edisi Khas Pertama..Waktu ni ramai orang tak menyangka modifikasi luar negara sangat hebat..Contoh kereta Suzuki Swift yang menerima sentuhan airbrush sepelusuk kereta hingga bawah arc roda..Keluaran ini juga memaparkan Subaru Impreza WRX The God of Auto Saloon...Nissan Skyline Veilside 1400 HP dan Toyota Supra Abflug...Best





















Antara keluaran yang mengejutkan pembaca...Sebuah Proton Putra menerima modifikasi skyline yang sangat kemas..Kerana waktu itu demam skyline melanda Malaysia..Dan kereta ini dinobatkan juara Final Autoshow pada tahun 2002...Dengar-dengar kereta ni dari Kota Tinggi..





















Sehingga keluaran ini rim 19" paling besar pernah di paparkan di Majalah Kereta...Kemudian barulah ada rim lagi besar pada keluaran seterusnya...hahahaha..






Juara Autoshow 2004 Proton Waja...Satu lagi anjakan dalam dunia custom bodykit.
Waktu ni sangat hebat,banyak peserta membuat pelaburan besar pada kereta masing-masing..





















2 kali menerima front page view...Perodua Kancil yang sama tetapi berlainan bodykit...Superb..Juara Autoshow 2005....Kancil with 6 roda bersaiz 19" offset...
















Beberapa keluaran Khas di bawah bilangan 100...
















Aku suka majalah kereta ni pasal banyak gambar yang diambil jelas dengan sudut yang baik..Penceritaan yang sempoi dan mudah faham...

Bersambung di part 2........




2 ulasan:

  1. hi, salam sejahtere,

    saya ingin tanya majalah kereta pada tahun 2004/2005
    ada lagi tak?

    saya ingin cari satu berita yang aktiviti kelab kereta gen 2,
    is urgent, may u cantack me

    helen 03-90211851

    BalasPadam
  2. Pergh kenangan ni. Zaman ni aku beli setiap keluaran. Harga 4.50.

    BalasPadam

Projek Tukar Suspension Kancil