Translate

Khamis, 21 Januari 2016

Plug Seal Replacement

Cara Menukar Oil Seal Plug / O-Ring Seal Plug Perdana V6

 Assalamualaikum W.B.T kepada pengunjung yang sudi membuka blog ini.Terima Kasih saya ucapkan...
 Beberapa ketika ni saya memang jarang update blog kerana kesuntukan masa atas urusan kerja di kilang..Tapi saya sentiasa teruja bila nak berkongsi pengalaman terutamanya dalam baikpulih kenderaan...Ingin saya jelaskan sekali lagi di sini,saya bukanlah mekanik kereta yang terlatih yang memiliki sijil atau diploma mahupun pengalaman kerja di mana-mana bengkel servis kenderaan....Cuma minat yang mendalam untuk meneroka sendiri tentang enjin....Dan ini dilakukan atas risiko sendirilah..huhu..Tapi Alhamdulillah buat masa ini,semuanya dapat dibaik pulih dengan jayanya...

Jadi,hari ini saya amatlah suka untuk berkongsi pengalaman baru dengan pengunjung semua...dimana saya ketika ini masih dalam proses menukar oil seal plug perdana V6....Oil seal plug ini sememangnya akan rosak bila sudah tiba waktunya...kerana bahan/material nya itu dari getah yang mana lama-kelamaan akan menjadi keras dan seterusnya berlaku kebocoran / leaking di sekitarnya...

Dalam kes perdana V6 ini,kita sedia tahu kedudukan 3 biji plug berada di belakang enjin..Dan ini menjadi "extra" kepada pemilik bengkel servis untuk mengenakan harga perkhidmatan yang tinggi..Kerana,ini bukanlah kerja yang mudah...untuk kerja-kerja menukar oil seal plug yang berharga RM5 x 3 pcs = RM15 itu sahaja,foreman perlu mambuka air filter dan set manifold intake..cara kerja yang sama untuk menukar plug...

Mari teruskan denga kerja yang pertama...buka air filter box dari engine bay...kemudian buka throttle body.
Sebenarnya jika tak buka throttle body ini pun boleh juga.Rujuk gambar di bawah..terdapat 4 skrew size 12
dalam bulatan hijau...bulatan merah menunjukkan wiring yang perlu di tanggalkan bagi memudahkan manifold
dipisahkan nanti..dan segala vacuum hos juga perlu dicabut.







Gambar dibawah pula menunjukkan terdapat hos cooling perlu di tanggalkan sebelum throttle body dapat dikeluarkan.


















Gambar dibawah adalah selepas throttle body berjaya dikeluarkan.'




Nampak dalaman masih bersih selepas kerja cuci beberapa bulan lepas..Ini adalah gambaran selepas 6000km.






Selepas itu proses membuka set manifold intake.Bulatan berwarna merah adalah skrew yang terlibat perlu dibuka..7 biji size 12...Terdapat 6 biji lagi skrew di belakang manifold juga perlu dibuka..Dalam gambar takda..Lupa nak snap.Bulatan biru hanya skrew untuk menempatkan wiring harness box..Buka juga.





Gambar di bawah menunjukkan EGR Valve yang terikat sama di manifold intake..Bahagian belakang memang sempit sedikit dan boleh menyebabkan regangan otot pada peha dan betis..Menyakitkan..Buka skrew ini..








gambar di bawah Manifold intake berjaya dikeluarkan.





Keadaan enjin setelah kerja-kerja awal diselesaikan.

















Keadaan rocker cover / cam cover yang berminyak dan kebocoran / leaking di sekitar gasket.






Gambar di bawah dapat dilihat keadaan ignition cable yang berminyak..dan disinilah kedudukan oil seal plug.





Lagi gambar - close up





Seterusnya kerja-kerja membuka rocker cover / cam cover pula.Terdapat 9 biji skrew size 10 perlu di buka.
Lihat bulatan untuk rujukan.







Gambaran setelah berjaya mengeluarkan cam cover tadi.Dapat dilihat keseluruhan isi dalam dan enjin yang saya kira masih bersih.







Ini pula minyak yang terkumpul di sekitar curve di silinder plug..Keadaan ini masih tak terlalu parah...Ada sesetengah kes sehingga menyebabkan ignition cable terlekat.





Berbalik kepada cam cover...Keadaan luar dan dalam.








Maka saya perlu cuci dahulu cam cover ini..Gunakan method yang sama..Sabun basuh baju..Rendam untuk beberapa ketika.Dan gunakan berus sabut untuk menanggalkan kotoran degil.





Selepas itu bolehlah bilas..Ini Hasilnya...





Selepas dikeringkan,bolehlah pasangkan rubber gasket dan oil seal plug baru..Gambar dibawah oil seal dalam packing..6 pcs RM30 sahaja.





Ini perbezaan yang lama dan baru..Yang lama nampak kembang dan nipis menyebabkan minyak mudah bocor.






Ini setelah dipasang ke cam cover..Letak bersama sedikit gam gasket.




Setelah itu berbalik kepada head block..bersihkan dahulu permukaan gasket,saya gunakan berus sabut yang berharga RM1 sebungkus..Dan gosok perlahan-lahan bagi mengelakkan habuk masuk ke ruang cam.





Letakkan sedikit di sekeliling head dengan gam gasket dan mula pasangkan cam cover..




Lagi gambar




Lagi gambar setelah siap dipasang..nampak sedikit bersih.




Sampai sudah jam 1 pagi 21-1-2016...maka saya dapat siapkan 1 bahagian sahaja,dan akan bersambung di lain entry untuk bahagian depan pula..Mungkin lebih mudah,,Insya-Allah...Semoga perkongsian ini membawa faedah pada yang ingin mencuba...

Terima Kasih Semua...
Asslamualaikum...







 

8 ulasan:

  1. Blh minta tunjuk ajar cara utk tukar cable plug tak? Tkasih..

    BalasPadam
  2. Blh minta tunjuk ajar cara utk tukar cable plug tak? Tkasih..

    BalasPadam
  3. Untuk pemasangan semula..ade setting ape2 tak...atau pasang seperti biasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasang seperti biasa sahaja,kerana hanya menukar gasket oil seal dan tidak melibatkan sebarang setup valve lash/gap atau sebagainya...

      Padam
  4. Boleh ajar Cara Untuk tukar valve seal perdana v6

    BalasPadam
  5. salam tuan boleh tanya macam mana susunan nombor plug dari coil nya

    BalasPadam

Projek Tukar Suspension Kancil