Siri ke-2
Proses Menukar Oil Seal Plug Perdana V6.
Bersambung dari entry lalu...proses menukar oil seal plug ini beralih dari bahagian belakang dan kini bahagian depan pula...
Proses bahagian depan lebih mudah sebab kedudukan yang selesa yang tak banyak skrew...dan proses tukar oil seal ini sama seperti bahagian belakang dalam entry lalu...Tapi saya ingin juga berkongsi proses ini sebagai melengkapkan entry.
Mari teruskan dengan gambar-gambar yang sempat di ambil...
Gambar bawah....keadaan cam cover bahagian depan enjin.
Buka skrew size 10-6 biji cover plastik PROTON itu...enjin bahagian belakang takda cover plastik ni..
Selepas dibuka,kita boleh nampak kotoran minyak yang terperangkap di dalam dan sekeliling cam cover ada kebocoran / leaking minyak..Lihat gambar bawah.
Jika dilihat gambar bawah ini,keadaan cable ignition kering,belum terkesan minyak.Oil seal plug macam belum rosak lagi.
Tapi bila dilihat secara dekat,ada 1 tempat sudah mula menunjukkan tanda-tanda kecil.
Seterusnya,buka cam cover - 9 biji skrew size 10...
Keadaan luar dan dalam cam cover Perdana V6.
Lepas tu tanggalkan semua oil seal lama,dan cuci minyak-minyak kotor yang melekat..
Selepas itu bilas dan keringkan..gambar lupa nak snap...pasangkan oil seal baru dengan gam gasket..jangan lupa bersihkan kesan gasket lama kat permukaan head enjin..Dan pasangkan cam cover semula..
Gambar bawah cam cover siap dipasang kembali...
Perbezaan luaran sebelum dan selepas..
Lagi gambar...Bahagian depan
Lagi gambar...Bahagian belakang..
Inilah perkongsian diy saya untuk kali ini..Mudah-mudahan membantu..Insya-Allah bertemu lagi di lain issue.
Terima Kasih pada pengunjung..
Wassalam..
Assalamualaikum tuan..
BalasPadamSaya juga owner V6 tetapi memiliki 1 masalah.minyak hitam masih leaking walaupun dh buat overhaul.boleh tuan bagi cadangan?
Terima kasih
Wa'alaikum salam..
PadamMasalah leaking ni ada beberapa punca juga.Antaranya dari segi kualiti gasket yang digunakan,terdapat gasket jenis kertas menyerap minyak dan menyababkan minyak keluar melalui gasket..
(biasa gasket tiruan)..cara pemasangan yang salah juga memberi kesan,kerana jika tork yang dikenakan pada screw tidak seimbang menyebabkan ada bahagian yang "terangkat" dan memberi ruang untuk minyak keluar...Adakala nya "surface" pada enjin itu sendiri,mungkin terdapat calar,bengkok,melengkung dan ini memerlukan kerja2 "grinding surface" untuk meratakan semula...
Bagi saya,selalunya saya akan meletakkan sedikit gam gasket pada permukaan gasket sebagai "support" untuk mengelakkan leaking..Dan ini bergantung pada pemilik kenderaan masing2.
Terima Kasih... :)
Terima Kasih bOss, diatas perkongsian ilmu yg anda miliki...
BalasPadamTerima Kasih bOss, diatas perkongsian ilmu yg anda miliki...
BalasPadamAssalam nak tanya. Oil seal yg bulat yg ada kat cover tu ke??
BalasPadamSalam bos saya ade masalah dengan perdana v6 saya. Baru siap overhaul bila seua dah siap pasang x boleh hidup. Crank boleh, api ade, minyak semua ok. Crank and cam sensor dah tukar. Power unit pun dah tukar.tapi lampu check engine x ade muncul bila nk start. Tolong bagi cadangan bos.
BalasPadam1 body wayer tak pasang kot
PadamSalam kenderaan sy perdanav6 ada maslh coil plug kuar api sy dh tukar tetapi tetap jadi bnda yg sama ..dan bagai mana mengtsi malsh ni dan apa punca sbb rosak coil plug v6
BalasPadamtengok wayer reput tak kalau ada balut balik baik2
BalasPadam