Wiper Linkage Wira
Assalamualaikum,pada hari yang sama saya kongsi cara menukar master pump dan hari ini juga saya nak gambarkan cara menukar wiper link / wiper linkage bagi kereta proton.Saya rasa asas ini mungkin sama dengan kereta-kereta jenama lain.Kalau lain pun mungkin dalam 1-2 step sahaja.Dalam kes ini,wiper selalu berbunyi bising.Tapi saya abaikan sehingga sampai satu ketika wiper tak bergerak waktu beroperasi.Bila di tanya pada mekanik,mereka bagitau masalah ini berpunca dari linkage.
Jadi kita teruskan sahaja dengan project ini..Mula-mula sekali cabut wiper dengan membuka skrew saiz 10.
Gambar lupa nak snap..Kemudian di ikuti dengan membuka front cowl vent (cover wiper link).Gambar bawah ni untuk ford mustang punya..
Cabut clip yang ada pada cowl vent.
Gambar bawah - Keadaan setelah mengeluarkan cowl vent,boleh lihat linkage kat dalam..
Gambar bawah - Barulah dapat tahu linkage sudah berkarat teruk dan salah satu arm terlepas dari plastic clip...
Seterusnya lihat gambar bawah,buka 3 skrew bagi setiap wiper bearing.Kalau terlalu lama skrew berkarat dan susah untuk dibuka.
Gambar bawah-tolak ke bawah selepas skrew dibuka.
Ini bahagian dalam,tempat persambungan linakage dengan motor wiper.Buka skrew ini..Agak sempit ruang kat sini
Gambar bawah - Ini pula bahagian luar motor wiper,ada 3 skrew perlu dibuka..Kemudian Boleh tanggalkan terus.
Inilah rupa set motor wiper proton wira.Tak sangka motor ni begitu kuat untuk menggerakkan 2 wiper yang panjang.
Gambar bawah - ini antara linkage baru dan lama.Tak boleh terus pasang,perlu pindahkan crank arm lama ke linkage baru.
Gambar bawah - Inilah crank arm yang saya maksudkan.Buka dari yang lama dan pasang ke linkage baru.Perlu buka 1 clip sahaja.
Gambar bawah - Kemudian pasang linkage baru posisi asal,saya tambahkan grease untuk mengelakkan mudah karat.
Gambar bawah - Bahagian crank arm yang akan disambungkan semula dengan motor wiper.
Pasang semula kesemua tadi dan boleh test wiper anda.
Sekian sahaja untuk post kali ini.Terima kasih sudi baca.
Wassalam.