Translate

Rabu, 17 Ogos 2016

Wira-Power Window Track Guide

Proton Wira-Power Window Track Guide 

 Assalamualaikum,


Alhamdulillah,Sekian lama menyepi hari ada sedikit ilmu nak aku kongsi kan iaitu cara menukar power window guide track...Ini adalah kali kedua saya tukar guide track untuk kereta wira...Dulu kereta milik saya sendiri tapi takda ambil 1 pun gambar...Jadi kali ini kebetulan kereta milik abang berlaku perkara yang sama,jadi saya tak lepaskan peluang untuk buat sekali lagi untuk kongsikan di sini...DIY ini dibuat pada pintu depan sebelah pemandu.

Teruskan saja pada gambar...Pertama buka 4 screw pada door trim...Gambar di bawah diambil dari laman web.Kedudukan skrew lihat pada bulatan dan anak panah bewarna merah..

















Selepas dibuka "umpil" bahagian bawah doortrim dengan berhati-hati untuk mengelakkan kerosakan...Dan anda boleh mendengar seperti klip terpisah dari pintu dan gerakan sikit doortrim keatas-kebawah untuk proses menanggalkan sepenuhnya dari pintu kereta..Selepas itu pisahkan segala wayar yang bersambung dengan main switch...

Gambar di bawah adalah keadaan bila dah dibuka...
















Lihat gambar bawah - Untuk memudahkan kerja,saya buka skrew pada bulatan merah untuk meyelak cover plastik yang ada..Kalau tak nak buka pun boleh...Bulatan biru pula adalah skrew untuk membuka motor power window.


















Lihat gambar bawah - buka 2 skrew ini untuk memisahkan cermin dengan guide rail..





















Gambar bawah - Ini pula kedudukan skrew guide rail..Perlu buka 4 skrew ini dan 3 skrew pada motor power window tadi..Kemudian dah boleh keluarkan set guide rail dari pintu.





















Ini adalah gambar antara guide rail baru dan lama.Yang baru harga sekitar Rm22..Beli guide rail sahaja,saya pakai semula motor lama sebab tak rosak lagi...Kalau beli satu set pun kedai akan bagi separated item,kena assembly sendiri...Harga sekitar Rm50-Rm60...

















Ini adalah penyebab kenapa cermin tak naik,wire cable dah putus...






















Gambar bawah - Ini pula proses menanggalkan motor dari guide rail,ada 4 skrew....Agak ketat sikit perlu berhati-hati kerana boleh menyebabkan loose jika dipaksa..Buka dah boleh cabut terus.


















Ini rupa Guide rail baru,dan motor akan dipasang sekejap lagi..

















Gambar bawah - Inilah posisi motor,pasang terus pada guide rail baru..Dan lepas tu pasangkan semula pada pintu kereta seperti mana dibuka tadi..
















Sekian sahaja perkongsian saya pada post ini.Terima Kasih pada yang sudi berkunjung.
Wassalam...






13 ulasan:

  1. Power window iswara tak boleh turun naik..bila tekan suis ada bunyi"ketik"dekat bahagian bawah stering..

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf lewat membalas...mungkin bunyi relay..perlu periksa wiring diagram pada mekanik yang mahir...

      Padam
  2. Berapa caj repair ye jika ringkas kete xleh naikkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. caj perkhidmatan biasa antara Rm10-Rm20..bergantung pada mekanik....tidak termasuk alat ganti...

      Padam
  3. Problem sy... Motor berfungsi dgn baik... Cuma bila nk naik kan ceemin tidak bolih.. Hanya bolih turun sahaja... Apa masaalahnye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah satu kabel mungkin putus.hanya ganti guide rail.

      Padam
  4. Kalau cermin x boleh turun macam mana nak buka cermin,,, ada cara lain x

    BalasPadam
  5. Salam?bro...bila saya tekan suiz bhagian pemandulah..tekan ada bunyi beeb..dlm 3 saat...apa yg rosak..moto ke apa

    BalasPadam
  6. Bro...saya tekan suiz tingkap ada bunyi beep..dlm 3 saat..tapi suiz bhagian pemandu tu saya tekan cermin sblh kiri turun...tekan suiz cermin blkg sblh kiri kdg2 turun...kdg2 tak turun...tekan suiz utk cermin blkg sblh kanan turun...jadi bro..apa yang rosak tu..harap dpt bantu bg sikit idea dari bro...time kasih byk2 bro...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau yg cermin belakang tu biasanya masalah wayar di motor x rapat..cuba buka motor lpastu usik2 wayar nnt ok semula..

      Padam
  7. Berapa harga kalau pakai manual ke auto guna switeh kereta wira

    BalasPadam

Projek Tukar Suspension Kancil