Master Brake Pump Proton Wira
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kali ini saya ada sedikit waktu terluang mencari semula gambar-gambar lama sewaktu diy kereta Proton Wira dulu dan saya nak kongsikan di sini yang mana salah satunya cara menukar master brake pump.Cara nak buka dan pasang taklah susah sangat,cuma bila berkaitan dengan brake dan sistem hydraulik kita mesti peka dengan proses bleeding.Ini bertujuan membuang angin atau gelembung angin yang ada dalam sistem brake,kerana jika tidak melakukan proses ini ianya akan memberi kesan pada kecekapan pada brake itu sendiri sewaktu menggunakannya..
Masalah yang selalu timbul pada master brake pump ini adalah kebocoran "leaking" yang menyebabkan minyak keluar dari tangki brake.Dan ini disebabkan usia master pump itu sendiri bila "berkhidmat" terlalu lama maka "calar" telah berlaku antara piston assembly dan cylinder body kerana geseran..Gambar di bawah diambil dari laman web akan memberi sedikit pencerahan.
Gambar bawah - Ini akan menjelaskan apa saya kata tadi.Kebocoran menyebabkan minyak keluar dari tangki sehingga kering.anak panah hijau menunjukkan wayar yang perlu dibuka bagi step pertama dalam proses membuka master pump ni.
Gambar bawah - Buka 2 skrew pada bulatan merah kalau tak silap size12.Dan 5 skrew size8 pada brake line,lihat bulatan hijau.
Anak panah biru menunjukkan charcoal canister.Ianya sangat penting bagi menapis wap merbahaya dari petrol sebelum pembakaran bagi menjaga udara persekitaran.
Gambar bawah - Ini keadaan bila dah dibuka.Minyak brake telah merosakkan lapisan warna pada servo.
Gambar bawah - Boleh nampak minyak di sekeliling piston.
Gambar bawah - Ini adalah gambaran keadaan master pump baru,di ambil dari laman web
Gambar bawah - Lihat anak panah merah,itu adalah tube,piping lama.Buka dari master pump asal,plug and play..Kemudian bolehlah pasangkan semula master pump baru ke servo dan temukan semua wiring dan pipe line seperti asal...Isikan minyak brake hydraulic jenis DOT3 (kegunaan biasa) sehingga batas yang ditentukan.Kemudian barulah buat bleeding process ke-4-4 roda.
Ini keadaan setelah beberapa hari dipasang,servo tiada kebocoran kelihatan kering sahaja.
Sekian untuk kali ini,bertemu di perkongsian ilmu yang seterusnya...
Wassalam...
Selepas tukar brake Pam semua dah buat blinding keesokannya bila nak pakai brake pedal menurun
BalasPadammasih ada angin dalam pam baru tu..kena bleeding lagi
BalasPadamApakah fungsi wayar connector di master pump?
BalasPadamnak tanya jenis ke30 corola yg saya guna sekarang rasanya guna mater pump model wira tp yg rosak servo..so servo tu bole guna servo proton jg yea..takut salah beli dan tak ngam
BalasPadamSaya nak fungsi
BalasPadamApa akan jdi jika getah pada penuntup masterpump tu d pasang terbalik.?
BalasPadam