Translate

Ahad, 17 September 2023

Projek Tukar Suspension Kancil

 Assalamualaikum semua.Hari ini satu lagi projek nak kongsi.Projek tukar spring dan absorber Kancil.Kereta ni asalnya saya beli agak rendah "lowered".Memang nampak cantik,tapi enjin 660cc auto tak berapa kuat bila rendah sangat.Jadinya saya tukar ke set standard sahaja.Operasi kali ini saya dapat kongsi cara tukar untuk roda belakang sahaja sebab untuk roda depan tiada rekod gambar.Boleh rujuk cara tukar absorber Perdana V6,caranya sikit lebih kurang sama.

Kita teruskan sahaja projek kali ini.Lihat gambar bawah."Jack" & "Jack stand" kereta dan buka roda.Dan kita akan nampak spring beserta absorber di situ.Untuk Kancil dan seangkatan dengan nya seperti Viva,Myvi,Axia,Alza caranya sama sebab spring dan absorber jenis "asing".Tidak seperti Perdana,absorber dan spring dipasang bersama.

Suspension belakang Kancil jenis asing









Gambar bawah.Setelah roda dikeluarkan,bolehlah longgarkan skrew absorber di sebelah bawah.Longarkan sahaja jangan dicabut terus.

 

Skrew bawah









Kemudian diikuti dengan skrew bahagian atas.Hanya 2 skrew ni sahaja,kita dah boleh buka absorber dan spring.Agak mudah sebenarnya untuk absorber jenis ini.

 

Skrew atas absorber Kancil









Gambar bawah.Ruang arc selepas spring dan absorber dikeluarkan.Cuci juga ruang roda ni.


Selepas keluarkan spring dan absorber









Arm belakang Kancil,cuci sekali









Gambar bawah,set spring baru dan perbezaan Spring sport dengan spring standard.Untuk info spring sport ni keras dan standard lebih lembut.


Set Spring Kancil standard

 








Spring sport dan standard











Seterusnya,masukkan spring baru dan pasangkan absorber.Untuk absorber saya pasang skrew atas dulu diikuti skrew bawah.Sebelah bawah perlu support jack untuk "hold" kan arm ni bagi memudahkan kerja pemasangan.


Jack arm









Pasang skrew bawah









Setelah skrew semua sudah dipasang.Bolehlah ketatkan skrew tadi.Gambar bawah siap pemasangan.


Siap pasang spring dan absorber baru









Memang ada kesan yang ketara selepas menukar suspension standard ni,kereta lebih ringan mungkin titik gravity lebih tinggi,steering juga lebih lembut dan ringan,penyerap hentak juga lebih lembut.

Pada pendapat saya,pemilihan spring standard untuk Kancil adalah lebih baik.Kerana Kancil hanya sebuah kenderaan kecil dan ringan tak perlu spring yang keras,ini menjadikan bebanan lebih akan diletakkan ke atas tayar.Dan beban yang lebih ini,merosakkan tayar pula.Namun terpulang pada pemilik kereta untuk membuat keputusan.

Sampai sini sahaja untuk post kali ini.Terima kasih













Isnin, 11 September 2023

Projek Engine Bay Kancil-2

Sambungan dari post sebelum ni.Ini adalah antara proses-proses pemasangan..Tetapi ada juga beberapa  proses penukaran oil seal.

Sebelum membuat pemasangan enjin,alang-alang dah buka saya cuci part-part kecil seperti brake caliper dan absorber.

Caliper brake kancil











Gambar bawah.Lower arm baru.Mudah bila dah buka semua senang untuk membuat penukaran.


Lower arm kancil









Beralih kepada enjin,gambar bawah adalah gearbox set.Saya buka oil sump untuk kerja-kerja cuci dan tukar ATF filter.Kalau dah pasang enjin nanti susah nak buka.


Gearbox Oil Sump Kancil









Gambar bawah,keadaan oil sump setelah dibuka.

Oil sump setelah dibuka











Magnet banyak habuk besi









Keadaan gearbox setelah oil sump dibuka.

 












Cuci oil sump dan keringkan.Sesudah itu bolehlah pasang semula.Lihat gambar bawah.










Drive shaft oil seal dan crackshaft oil seal tukar baru juga.

 

Drive shaft oil seal












Crankshaft oil seal berwarna coklat











Setelah itu bolehlah pasangkan semula antara gearbox dan enjin.Untuk kerja-kerja memasukkan enjin ke bay,saya gunakan crane.


Enjin serta crane








Untuk memudahkan kerja juga,perlu 2 orang untuk masukkan enjin.Sorang jaga enjin,dan sorang lagi jaga crane.Perlu perlahan-lahan dalam proses ini untuk mengelakkan sebarang kemalangan.Gambar bawah setelah berjaya memasang enjin.


Enjin berjaya dimasukkan.









Gambar bawah,menggantikan tangki spare radiator dan tangki air wiper.










Gambar bawah,hampir 90% pemasangan.


Hampir siap









Gambar bawah,sewaktu proses isi gas aircond.Disebabkan semua hos aircond dibuka,maka udara luar telah masuk ke sistem aircond ni.Jadi perlu keluarkan semula udara ini dari sistem aircond kita.Barulah masukkan semula gas dan minyak (jika perlu).

 

Proses isi gas aircond

 









Alhamdulillah untuk projek enjin bay ini selesai.Jumpa lagi di post yang akan datang.Terima kasih pada yang sudi lawat laman ini.





Projek Engine Bay Kancil

Assalamualaikum semua.Seperti tajuk post di atas,hari ini saya kongsi pengalaman spray engine bay Perodua Kancil 660.

Projek engine bay ni dibuat pada Januari 2020 yang lepas.Ada beberapa gambar yang sempat diambil dan mungkin boleh dibuat rujukan jika nak diy.Tapi perlu diingatkan,projek ini susah dan perlukan semangat yang kuat untuk menyiapkannya.

Kita terus sahaja dengan projek ini.Lihat gambar bawah,hood dan bumper buka dari kereta.Macam biasa kereta kena "jack" and "jack stand".

 









Gambar bawah,untuk keluarkan enjin segala wayar,hos,pipe aircond,hos vacuum yang berkait ke enjin perlulah dibuka.Buka juga Bateri,tangki spare radiator dan tangki air wiper.Exhaust manifold,radiator,cross support radiator dan aircond condensor juga jangan lupa.Buka segala yang bersangkut paut.Sebab kita perlu kosongkan enjin bay.Tak lupa juga connector steering pada steering rack kena buka juga.Skrew connector ni kena buka dari dalam kereta.

 

Sebahagian benda-benda yang perlu dibuka

 

 







Seterusnya,buka roda depan kiri dan kanan.Buka skrew drive shaft dan buka tie rod end steering rack juga.Cable lever auto perlu dibuka,kena baring bawah kereta dan buka skrew size 10. 


Sebelah kanan









Sebelah kiri,yang berjuntai tu lever auto cable.











Untuk keluarkan enjin ini,saya tak guna crane,hanya buka skrew 4 biji pada crossmember frame,dan turunkan ke pallet.Waktu ini,saya "jack" kereta sedikit sahaja dan membiarkan frame enjin bersentuhan dengan pallet.Kemudian saya buka semua skrew 4 biji sepenuhnya.Setelah skrew dicabut,barulah saya "jack" kereta lebih tinggi supaya seluruh enjin boleh ditarik keluar.Gambar bawah keadaan kereta selepas dikeluarkan enjin.


Enjin kancil sudah diturunkan











Enjin Bay Kancil








Setelah enjin keluar,bolehlah juga buka "aircond drier receiver" tu dan beberapa hos supaya dapat meminimumkan part di kawasan enjin ni.Selepas itu,cuci enjin bay dan boleh start gosok dengan kertas pasir.Saya guna kertas pasir 600cc dan 1000cc.Lampu depan juga saya buka.Lihat gambar bawah.


Enjin bay setelah dicuci dan digosok









Setelah kering,lap permukaan dari sebarang habuk.dan bungkus part-part kecil dari terkena cat waktu spray nanti.Saya mula dengan undercoat putih diikuti dengan sparkling silver.


Undercoat putih









Undercoat Sparkling Silver









Selepas lebih kurang 20 minit saya mula spray gold yellow untuk lapisan pertama.Lihat gambar bawah.


Gold Yellow lapisan pertama









Next 20 minit,saya tambah untuk lapisan kedua,dan yang ketiga.Last 2K clear coat.Semua saya guna spray tin.Tanpa air compressor machine.


Lepas lapisan ketiga dan 2k clear









Gambar bawah,selepas kering dan buka semua bungkusan tadi.Pasangkan semula "aircond drier receiver".Bracket2 kecil  saya spray "red candy".Absorber saya buka untuk kerja-kerja cuci.


Enjin bay kancil lepas spray









Gambar bawah.Tambah soundproof.Senang nak pasang waktu enjin kosong ni.


Tambah soundproof









Gambar bawah,saya juga spray crosmember dengan warna red candy dan crossmember frame warna yellow gold


Crossmember frame kancil









Bersambung di post yang seterusnya....






















Isnin, 4 September 2023

Projek Tukar Upper Arm Perdana V6

 Assalamualaikum Semua.

Seperti yang dikatakan di posting yang lepas,hari ini saya nak kongsi sikit cara tukar upper arm Perdana V6.Buka hood depan,dekat area absorber,longgarkan 2 skrew atas.Lihat gambar bawah.











Berpindah ke kawasan roda.Buka skrew ball joint.Gunakan ball joint separator untuk memudahkan kerja.













Selepas ball joint terlepas,bolehlah buka skrew atas tadi dan keluarkan upper arm dari arc.Gambar bawah upper arm lama dan baru.











Gambar bawah,ball joint yang dah rosak.Longgar dan ada bunyi seperti besi berlanggar bila di goyang2 kan.













Gambar bawah,ball joint baru.Susah untuk di goyangkan,sangat ketat dan padu.













Seterusnya masukkan upper arm baru dan pasangkan skrew atas dahulu,barulah diikuti dengan skrew pada ball joint.













Untuk pasang skrew ball joint tu agak susah sedikit,sebab "all set hub" ini sudah ditekan absorber kebawah.Menjadikan anda perlu mengangkat semula hub yang berat ini ke atas supaya skrew masuk ke lubang holder.Jadi untuk memudahkan kerja,perlu guna jack untuk menolak semula ke atas.Lihat gambar bawah.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar bawah apabila semua sudah selesai di pasang.

 


 










Seterusnya bolehlah ketat semula semua skrew yang berkaitan.Disarankan anda untuk pergi alignment,balancing semua roda selepas membuat penukaran arm ini.


Terima kasih kepada yang sudi lawat laman ini.Bertemu lagi di lain posting.

Jumaat, 1 September 2023

Projek Kancil - Restoration

 Assalamualaikum semua.terima kasih kerana sudi datang ke blog ni.Kali ni saya nak kongsi beberapa gambar restorasi kereta Perodua Kancil.Kereta ni agak teruk waktu dibeli,dan saya memang sedia maklum kondisi kereta ni sebelum memilikinya.Pemilik asalnya ingin menjualnya dengan harga yang murah,dan saya membelinya untuk restorasi semula.Kereta Kancil 1994 ni cukup legend.


Ini Keadaan asal sewaktu beli









lagi gambar asal










Dalaman kereta









Keadaan bonet belakang









Gambar setelah restorasi









Memang banyak kerja yang perlu dibuat sewaktu restorasi.Dari transmisi,sistem  aircond,overhaul,sistem radiator,spring absorber dan macam-macam lagi telah di tukar samada yang baru atau dari half-cut.Dan kerja-kerja ni semua dilakukan secara berperingkat.Bila ada masa lapang baru saya buat.Tak semua projek-projek ni dapat ambil gambar.Jadinya nanti saya akan kongsikan mana-mana yang ada saja lah.Bertemu lagi di posting seterusnya.



Projek Tukar Suspension Kancil