Assalamualaikum semua.Seperti tajuk post di atas,hari ini saya kongsi pengalaman spray engine bay Perodua Kancil 660.
Projek engine bay ni dibuat pada Januari 2020 yang lepas.Ada beberapa gambar yang sempat diambil dan mungkin boleh dibuat rujukan jika nak diy.Tapi perlu diingatkan,projek ini susah dan perlukan semangat yang kuat untuk menyiapkannya.
Kita terus sahaja dengan projek ini.Lihat gambar bawah,hood dan bumper buka dari kereta.Macam biasa kereta kena "jack" and "jack stand".
Gambar bawah,untuk keluarkan enjin segala wayar,hos,pipe aircond,hos vacuum yang berkait ke enjin perlulah dibuka.Buka juga Bateri,tangki spare radiator dan tangki air wiper.Exhaust manifold,radiator,cross support radiator dan aircond condensor juga jangan lupa.Buka segala yang bersangkut paut.Sebab kita perlu kosongkan enjin bay.Tak lupa juga connector steering pada steering rack kena buka juga.Skrew connector ni kena buka dari dalam kereta.
Sebahagian benda-benda yang perlu dibuka |
Seterusnya,buka roda depan kiri dan kanan.Buka skrew drive shaft dan buka tie rod end steering rack juga.Cable lever auto perlu dibuka,kena baring bawah kereta dan buka skrew size 10.
Sebelah kanan |
Sebelah kiri,yang berjuntai tu lever auto cable. |
Untuk keluarkan enjin ini,saya tak guna crane,hanya buka skrew 4 biji pada crossmember frame,dan turunkan ke pallet.Waktu ini,saya "jack" kereta sedikit sahaja dan membiarkan frame enjin bersentuhan dengan pallet.Kemudian saya buka semua skrew 4 biji sepenuhnya.Setelah skrew dicabut,barulah saya "jack" kereta lebih tinggi supaya seluruh enjin boleh ditarik keluar.Gambar bawah keadaan kereta selepas dikeluarkan enjin.
Enjin kancil sudah diturunkan |
Enjin Bay Kancil |
Setelah enjin keluar,bolehlah juga buka "aircond drier receiver" tu dan beberapa hos supaya dapat meminimumkan part di kawasan enjin ni.Selepas itu,cuci enjin bay dan boleh start gosok dengan kertas pasir.Saya guna kertas pasir 600cc dan 1000cc.Lampu depan juga saya buka.Lihat gambar bawah.
Enjin bay setelah dicuci dan digosok |
Setelah kering,lap permukaan dari sebarang habuk.dan bungkus part-part kecil dari terkena cat waktu spray nanti.Saya mula dengan undercoat putih diikuti dengan sparkling silver.
Undercoat putih |
Undercoat Sparkling Silver |
Selepas lebih kurang 20 minit saya mula spray gold yellow untuk lapisan pertama.Lihat gambar bawah.
Gold Yellow lapisan pertama |
Next 20 minit,saya tambah untuk lapisan kedua,dan yang ketiga.Last 2K clear coat.Semua saya guna spray tin.Tanpa air compressor machine.
Lepas lapisan ketiga dan 2k clear |
Gambar bawah,selepas kering dan buka semua bungkusan tadi.Pasangkan semula "aircond drier receiver".Bracket2 kecil saya spray "red candy".Absorber saya buka untuk kerja-kerja cuci.
Enjin bay kancil lepas spray |
Gambar bawah.Tambah soundproof.Senang nak pasang waktu enjin kosong ni.
Tambah soundproof |
Gambar bawah,saya juga spray crosmember dengan warna red candy dan crossmember frame warna yellow gold
Crossmember frame kancil |
Bersambung di post yang seterusnya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan