Translate

Isnin, 4 September 2023

Projek Tukar Upper Arm Perdana V6

 Assalamualaikum Semua.

Seperti yang dikatakan di posting yang lepas,hari ini saya nak kongsi sikit cara tukar upper arm Perdana V6.Buka hood depan,dekat area absorber,longgarkan 2 skrew atas.Lihat gambar bawah.











Berpindah ke kawasan roda.Buka skrew ball joint.Gunakan ball joint separator untuk memudahkan kerja.













Selepas ball joint terlepas,bolehlah buka skrew atas tadi dan keluarkan upper arm dari arc.Gambar bawah upper arm lama dan baru.











Gambar bawah,ball joint yang dah rosak.Longgar dan ada bunyi seperti besi berlanggar bila di goyang2 kan.













Gambar bawah,ball joint baru.Susah untuk di goyangkan,sangat ketat dan padu.













Seterusnya masukkan upper arm baru dan pasangkan skrew atas dahulu,barulah diikuti dengan skrew pada ball joint.













Untuk pasang skrew ball joint tu agak susah sedikit,sebab "all set hub" ini sudah ditekan absorber kebawah.Menjadikan anda perlu mengangkat semula hub yang berat ini ke atas supaya skrew masuk ke lubang holder.Jadi untuk memudahkan kerja,perlu guna jack untuk menolak semula ke atas.Lihat gambar bawah.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar bawah apabila semua sudah selesai di pasang.

 


 










Seterusnya bolehlah ketat semula semua skrew yang berkaitan.Disarankan anda untuk pergi alignment,balancing semua roda selepas membuat penukaran arm ini.


Terima kasih kepada yang sudi lawat laman ini.Bertemu lagi di lain posting.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Projek Tukar Suspension Kancil