Translate

Isnin, 11 September 2023

Projek Engine Bay Kancil-2

Sambungan dari post sebelum ni.Ini adalah antara proses-proses pemasangan..Tetapi ada juga beberapa  proses penukaran oil seal.

Sebelum membuat pemasangan enjin,alang-alang dah buka saya cuci part-part kecil seperti brake caliper dan absorber.

Caliper brake kancil











Gambar bawah.Lower arm baru.Mudah bila dah buka semua senang untuk membuat penukaran.


Lower arm kancil









Beralih kepada enjin,gambar bawah adalah gearbox set.Saya buka oil sump untuk kerja-kerja cuci dan tukar ATF filter.Kalau dah pasang enjin nanti susah nak buka.


Gearbox Oil Sump Kancil









Gambar bawah,keadaan oil sump setelah dibuka.

Oil sump setelah dibuka











Magnet banyak habuk besi









Keadaan gearbox setelah oil sump dibuka.

 












Cuci oil sump dan keringkan.Sesudah itu bolehlah pasang semula.Lihat gambar bawah.










Drive shaft oil seal dan crackshaft oil seal tukar baru juga.

 

Drive shaft oil seal












Crankshaft oil seal berwarna coklat











Setelah itu bolehlah pasangkan semula antara gearbox dan enjin.Untuk kerja-kerja memasukkan enjin ke bay,saya gunakan crane.


Enjin serta crane








Untuk memudahkan kerja juga,perlu 2 orang untuk masukkan enjin.Sorang jaga enjin,dan sorang lagi jaga crane.Perlu perlahan-lahan dalam proses ini untuk mengelakkan sebarang kemalangan.Gambar bawah setelah berjaya memasang enjin.


Enjin berjaya dimasukkan.









Gambar bawah,menggantikan tangki spare radiator dan tangki air wiper.










Gambar bawah,hampir 90% pemasangan.


Hampir siap









Gambar bawah,sewaktu proses isi gas aircond.Disebabkan semua hos aircond dibuka,maka udara luar telah masuk ke sistem aircond ni.Jadi perlu keluarkan semula udara ini dari sistem aircond kita.Barulah masukkan semula gas dan minyak (jika perlu).

 

Proses isi gas aircond

 









Alhamdulillah untuk projek enjin bay ini selesai.Jumpa lagi di post yang akan datang.Terima kasih pada yang sudi lawat laman ini.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Projek Tukar Suspension Kancil