Absorber lama yang dah bocor.Nampak ada kesan minyak pada absorber dan spring.Lihat gambar bawah.
Kita bergerak ke dalam kereta,buka seat belakang.Mula-mula buka seat bawah dulu.Cara buka seat bawah ni kena tarik lock kat area kaki.Tarik ke depan dan seat akan terlepas dari kunci dan boleh la di keluarkan seat tu.Ada 2 lock kat situ,kiri dan kanan.Lihat gambar bawah saya highlight lock tu.
Untuk bahagian penyandar pulak perlu buka skrew di bawah.Lihat gambar bawah.
Skrew untuk bahagian penyandar |
Lagi skrew perlu di buka |
Lepas boleh lah keluarkan bahagian penyandar ni.Dan kita akan nampak skrew bahagian atas absorber.
Sebab ni lah kita kena buka seat.Berbeza dengan proton wira,tak perlu buka seat,hanya buka bonet belakang dah bole nampak skrew absorber ni.Lihat gambar bawah.
dah nampak skrew atas absorber |
Lihat gambar bawah ada marking merah.Bermakna absorber ni belum pernah di tukar sejak dari pengeluaran lagi.Dah hampir 15 tahun berkhidmat.Huhu
rubber cap dah dibuka |
Longgar kan skrew atas,jangan cabut dulu.Longgar kan sahaja.Dan beralih ke bahagian roda pula.Buka skrew bawah absorber.Lihat gambar bawah
Skrew bawah absorber |
Gambar bawah,keadaan sesudah dibuka.
Sesudah itu boleh lah dibuka sepenuhnya skrew atas tadi dan keluarkan absorber tersebut.
Gambar bawah absorber lama.
Absorber belakang Perdana V6 |
Masih ada marking Proton pada absorber.Betul ke ni yang "asal" dari kilang.
Gambar bawah proses semasa memasang spring ke absorber baru.
Keadaan selepas siap pasang kiri dan kanan.
Lagi gambar bahagian atas.
Untuk masalah ni,guna besi selit bawah untuk tekan arm ke bawah.Lihat gambar bawah.
Dah alang-alang buka absorber,saya ambik kesempatan untuk cuci part-part bawah arc ni termasuk upper arm.Disebabkan saya keluarkan upper arm untuk cuci,sewaktu pemasangan agak susah sedikit,perlu besi juga untuk menekan upper arm ni kebawah.Lihat gambar bawah untuk rujukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan