Translate

Ahad, 17 September 2023

Projek Tukar Suspension Kancil

 Assalamualaikum semua.Hari ini satu lagi projek nak kongsi.Projek tukar spring dan absorber Kancil.Kereta ni asalnya saya beli agak rendah "lowered".Memang nampak cantik,tapi enjin 660cc auto tak berapa kuat bila rendah sangat.Jadinya saya tukar ke set standard sahaja.Operasi kali ini saya dapat kongsi cara tukar untuk roda belakang sahaja sebab untuk roda depan tiada rekod gambar.Boleh rujuk cara tukar absorber Perdana V6,caranya sikit lebih kurang sama.

Kita teruskan sahaja projek kali ini.Lihat gambar bawah."Jack" & "Jack stand" kereta dan buka roda.Dan kita akan nampak spring beserta absorber di situ.Untuk Kancil dan seangkatan dengan nya seperti Viva,Myvi,Axia,Alza caranya sama sebab spring dan absorber jenis "asing".Tidak seperti Perdana,absorber dan spring dipasang bersama.

Suspension belakang Kancil jenis asing









Gambar bawah.Setelah roda dikeluarkan,bolehlah longgarkan skrew absorber di sebelah bawah.Longarkan sahaja jangan dicabut terus.

 

Skrew bawah









Kemudian diikuti dengan skrew bahagian atas.Hanya 2 skrew ni sahaja,kita dah boleh buka absorber dan spring.Agak mudah sebenarnya untuk absorber jenis ini.

 

Skrew atas absorber Kancil









Gambar bawah.Ruang arc selepas spring dan absorber dikeluarkan.Cuci juga ruang roda ni.


Selepas keluarkan spring dan absorber









Arm belakang Kancil,cuci sekali









Gambar bawah,set spring baru dan perbezaan Spring sport dengan spring standard.Untuk info spring sport ni keras dan standard lebih lembut.


Set Spring Kancil standard

 








Spring sport dan standard











Seterusnya,masukkan spring baru dan pasangkan absorber.Untuk absorber saya pasang skrew atas dulu diikuti skrew bawah.Sebelah bawah perlu support jack untuk "hold" kan arm ni bagi memudahkan kerja pemasangan.


Jack arm









Pasang skrew bawah









Setelah skrew semua sudah dipasang.Bolehlah ketatkan skrew tadi.Gambar bawah siap pemasangan.


Siap pasang spring dan absorber baru









Memang ada kesan yang ketara selepas menukar suspension standard ni,kereta lebih ringan mungkin titik gravity lebih tinggi,steering juga lebih lembut dan ringan,penyerap hentak juga lebih lembut.

Pada pendapat saya,pemilihan spring standard untuk Kancil adalah lebih baik.Kerana Kancil hanya sebuah kenderaan kecil dan ringan tak perlu spring yang keras,ini menjadikan bebanan lebih akan diletakkan ke atas tayar.Dan beban yang lebih ini,merosakkan tayar pula.Namun terpulang pada pemilik kereta untuk membuat keputusan.

Sampai sini sahaja untuk post kali ini.Terima kasih













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Projek Tukar Suspension Kancil