Translate

Isnin, 20 April 2015

Tanjung Balau - Kota Tinggi

Pantai Tanjung-Balau 
















 Dah lama tak update entri..Agak sibuk dengan urusan kerja..Entri kali ini aku cuma nak highlight satu tempat riadah antara yang paling digemari oleh penduduk sekitar iaitu sebuah pantai yang terletak di Kota Tinggi yang bernama Pantai Tanjung-Balau...Aku pikir mungkin kebanyakan orang Singapore lebih tahu tentang Desaru berbanding Tanjung Balau ini...So... kamu boleh rujuk maps di bawah kedudukan pantai tu..




Gambar di bawah diambil dari Google Maps-Street View...Kedudukan anda jika datang dari Senai atau Pasir Gudang.Inilah keadaan nya yang akan dilihat pada persimpangan 4...Ada Traffic-Light...Hanya terus sahaja menuju ke destinasi...Turn-right to go to Desaru..































Selepas itu akan berjumpa dengan satu bulatan ( roundabout )...Nampak di situ beberapa destinasi lain seperti Teluk Ramunia,juga sebuah pantai yang ada di Kota Tinggi ini...
















Antara tempat ilmiah seperti Muzium Nelayan menjadi tarikan..


































Beberapa snap-shot sekitar muzium....Dan jika ke pantai ada menyediakan sewa kereta kuda ( cowboy) dan 4-wheel bike untuk pengunjung ronda-ronda sekitar kawasan...sewa aku tak tahu,pasal tak cuba..haha..


















Beberapa gambar sekitar pantai...Air surut di waktu petang.
















Gambar atas-Bangunan sebelah kiri tu adalah tempat bilas...Selesa juga lah pasal luas dan air bersih yang kuat..











































Bagi yang hendak menginap..Chalet juga ada..Kawasan sekitar yang selesa dan santai..



























Inilah antara pantai yang popular di daerah ini...Tarikh seperti 1 Januari , 1 Mei , 31 Ogos adalah antara hari yang paling sesak...Kalau aku , lebih suka datang pada hari biasa sebab tak suka pada kesakan...Lebih tenang...hahaha...

Jumpa Lagi..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Projek Tukar Suspension Kancil