Semalam 3 April 2015 aku dapat satu gambar yang mengejutkan dihantar melalui Whatsapp....Sebuah kereta yang didakwa keluaran Proton menggantikan model Perdana V6 sedia ada...Design cukup mewah , aku pikir design ini boleh bersaing dengan jenama hebat dari luar negara...Tengok saje pada facelift macam Jaguar , bumbung dah macam Bentley dan gaya VVIP memang ada...
Walaupun ini mungkin cuma lakaran awal , namun aku rasa kalau betul akan di bangunkan oleh Proton , akan ramai rakyat Malaysia yang menyokong..Berenjin V8 , paling cikai pon mesti bernadikan 3.0cc..
TETAPI...............
Mungkin itu cuma angan-angan sahaja...
Kerana model SEBENAR sudah RELEASE di NEW YORK...
Ada tangan-tangan nakal yang edit lah tu...
Lincoln Continental Concept 2015...
Sudah siap sepenuhnya , boleh di pandu terus tanpa prejudis...
Lampu belakang yang menawan , macam mata Iron Man pun ada..
Lincoln Interior Luxury design..
Mungkin dari sini diaorang edit.
Yang ini lagi 1..
Aku rasa tak semua yang kita buat itu baik kesan nya...Contoh edit gambar macam ni...Kesan pada rakyat Malaysia malahan pada pihak Proton sendiri...Ada orang akan berharap Proton merealisasikan nya walaupun seperti mustahil dengan teknologi yang ada..Kos yang terlalu tinggi....Dan pihak Proton pula mendapat malu kerana dituduh meniru tambahan pula pada model berjenama.
Namun....mungkin ini salah satu harapan rakyat Malaysia juga , supaya Proton berusaha untuk mengenengahkan model-model VVIP yang berdaya saing dalam dunia automotif bagi segmen mewah...
KERANA APA???
Kerana Hyundai dan Kia yang dulu di pandang sebelah mata , kini meninggalkan Proton jauh kebelakang....
BERUSAHALAH PROTON..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan