Translate

Ahad, 29 Mac 2015

Kota Tinggi Car Show

Pameran Kenderaan Ubahsuai

Assalamualaikum,

Petang Sabtu lepas 28 March 2015 aku pusing2 bandar cari barang,sampai depan Pasaraya Kini agak sesak tak macam selalu.Tapi aku sabar jelah,mungkin orang-orang gomen dah gaji jadi diaorng pergi belanja kat pasaraya.Bila sampai kat corner Pizza Hut rupa-rupanya ada Car Show..Tak banyak kereta,mungkin suka-suka kot...Ikutkan malas aku nak turun jengah sebab sesak,tiba-tiba ada parking kosong pulak..Aku pikir jarang dapat peluang camni,terus sahaja aku park...

Apa kereta yang ada?Tengok je lah gambar yang aku ambil tu.






























Proton Perdana





















Toyota Vios Lowerd.

















Toyota Corolla Altis 2014


















Perodua Kelisa same as Daihatsu Coure...Pro JDM..come with Soft Top..

















Perodua Viva same as Daihatsu Avy..


Valentino Rossi Juara Qatar MotoGp

Assalamualaikum..

The Man Of The Moment MotoGp Qatar















Menarik pagi ini,Valentino Rossi berjuang dalam perlumbaan MotoGp Qatar..Dah lama juga aku tak tengok aksi Rossi macam pagi tadi..Perlawanan menentukan juara sangat mendebarkan.

Jika ada sesiapa yang menonton perlumbaan tu,ianya memang sangat menarik.Aksi Rossi bermula dari petak 13 pasti ada yang menjangkakan dia mungkin sekadar menghabiskan perlumbaan pada kedudukan antara 5-10 sahaja...Namun Valentino Rossi membuktikan rekod hambar dalam beberapa perlawanan musim lalu bukan penyebab dia mesti sekadar menghabiskan pusingan tetapi juga mesti menang dan juara.

Pada selekoh pertama perlumbaan bermula,Rossi berada pada kedudukan 10,dan beliau telah menentang satu persatu sehingga mendapat tempat ke-2 dan perlumbaan berbaki 2 pusingan.Penentuan juara , Rossi menentang Andrea Dovizioso dari Ducati Team memang bukan mudah.Jika di lihat pada perlumbaan itu Ducati mudah memotong Yamaha di jalan lurus.Jadi Rossi harus mengambil peluang meninggalkan Dovizioso pada jalan selekoh.Dan semangat Rossi untuk memperlihatkan dia masih berbisa benar-benar terbukti dengan kejuaraan nya itu.

Namun nasib tidak menyebelahi Marquez,bermula dari petak 3,namun tersasar pada selekoh pertama menyebabkan dia berada pada kedudukan 20 pada permulaan perlumbaan.Tetapi Marquez selaku pemegang Juara Dunia 2014 mudah memotong 14 pelumba lain untuk mendapat tempat ke-5.

Permulaan musim di Qatar memang menarik.
Tahniah Untuk Rossi.

Berikut link Youtube...di ambil dari phone Samsung Note2.
Sorry the quality video is bad.

 Link : https://www.youtube.com/watch?v=viz14_D87Rs&feature=youtu.be















Khamis, 26 Mac 2015

Windscreen Sticker

Windscreen Sticker Installation

Projek Pasang Stiker

Assalamualaikum,

Apa khabar anda semua,terima kasih masih sudi berkunjung ke blog aku ni..Hari ni hari Jumaat 27 Mac 2015..Aku nak berkongsi satu projek ringkas iaitu projek memasang stiker di cermin hadapan kenderaan
( windscreen ) yang aku baru buat malam tadi..

Sangkaan aku memasang sticker ni mudah,tapi bila dah buat rupanya susah jugak.Mungkin sebab aku tak biasa,cuma banyak tengok orang buat sahaja sebelum ni.Ok lah kita terus pada gambar..


Windscreen Sticker


Mula-mula aku cuci dulu cermin depan tu sebersihnya..Asalnya ada watermark,jadi aku gunakan watermark remover untuk cuci..Pastikan bersih jelah..kerja simple.





Sangkaan aku mudah,lalu aku terus setting sticker on center dan terus tampal...Tapi apa terjadi,dalam 5% proses aku nampak banyak gelembung udara kat stiker tu.Aku dah mula tension sebab nak buka semula dan dah mula pikir susah..Adohaii...

Aku pun guna kaedah ke 2,biasa kita tengok kat kedai tinted cermin,diaorang guna sabun.Ok lah,aku pun setting sabun dan apply kat cermin.


Windscreen Sticker






Nampak gaya pakai sabun macam senang sikit,aku pakai sabun mandi Shokubutsu..Banyak buih oo..Lepas tu terus tampal stiker kat cermin dan setting ke tengah.


Windscreen Sticker



Kemudian untuk buang sabun yang ada kat dalam stiker tu,aku gunakan wiper je.Pasal tools x beli..Pastikan rata dan tiada gelembung udara.Waktu proses ni,sticker akan bergerak-gerak sebab sabun yang masih ada antara cermin dan stiker tu.Jadi kena sabar sikit dan perlahan-lahan.





Waktu proses buang sabun.


Windscreen Sticker



Setelah sejam buang sabun , potong bahagian yang tidak diperlukan  dan keringkan..Aku pakai hair dryer untuk keringkan..




Boleh nampak lebih kurang,tiada gelembung udara dan rata... DIY ..taklah sempurna sangat..huhu...


Windscreen Sticker



Ini keadaan bila dah siap.. Jenuh jugak lah...estimate masa dalam 2 jam..kejang betis dok tertonggeng sana,tertonggeng sini.hahaha..

Jadi kalau korang nak diy kat rumah,mungkin boleh la folo step ni.Sekian sahaja..

Wassalam...







Kota Tinggi - Johor - Malaysia

Assalamualaikum,

Post kali ini tiada kaitan dengan kereta atau kerja diy.Aku cuma nak berkongsi tempat dimana aku tinggal.
Mungkin orang Malaysia sudah kenal dengan nama Daerah Kota Tinggi.Tapi aku percaya , Kota Tinggi lebih dikenali hanya selepas banjir besar melanda daerah ini 2 kali berturut-turut dalam jangka masa yang singkat pada Disember 2006.Sebelum itu mungkin kalau sebut nama Kota Tinggi masih ramai yang tidak tahu.

Kota Tinggi bukanlah sebuah bandar besar yang banyak pusat hiburan ataupun kemudahan,mungkin kepadat n penduduk yang masih belum mencapai level tertentu menyebabkan kawasan ini masih lagi sederhana maju.Malahan masih lagi belum mandapat status Majlis Perbandaran Kota Tinggi (sekarang Majlis Daerah Kota Tinggi).

Namun Kota Tinggi bangun dari peristiwa hitam,sehingga Tahun 2015 banyak perubahan telah berlaku di kawasan ini.Jadi ada beberapa gambar yang di ambil pada 23 Januari 2015 lepas sekitar Kota Tinggi ini.

Kota Tinggi


Dataran jam Kota Tinggi















Dataran Kota Tinggi , sudah 2 tahun tempat ini menjalankan aktiviti niaga petang ke malam yang lebih dikenali Bazar Karat Kota Tinggi.


Kfc kota tinggi















Antara kawasan yang sibuk di tengah bandar , lampu isyarat berdepan Plaza Kota Tinggi ,Dataran Kota Tinggi dan KFC.KFC adalah syarikat fast food terawal membuka cawangan di Kota Tinggi ini.


Restoran Haji Daud Kota Tinggi




















Restoran Haji Daud Kota Tinggi , yang sentiasa ramai orang..Besebelahan Plaza Kota Tinggi dan berdepan dengan KFC.



Plaza Kota Tinggi















Plaza Kota Tinggi,diambil dari Petrol Pump Shell.Kalau tak silap,kediaman di atas tu tak berpenghuni.



Plaza Kota Tinggi




















Inilah Plaza Kota Tinggi,sayangnya tempat ini semakin kurang dapat perhatian.Dulu inilah bangunan paling sibuk dengan pengunjung lebih-lebih lagi pada cuti minggu dan hari perayaan.Mungkin saingan dari beberapa pasaraya lain yang wujud di sekitarnya.Rumah aku tak jauh dari plaza ni,jalan kaki 2-3 minit dah boleh sampai.


Mcdonald Kota Tinggi















Mcdonald juga ada buka cawangan nya di sini.Tapi lewat sedikit berbanding Pizza Hut.


Pizza Hut Kota Tinggi















Ini pula Pizza Hut,kawasan sekitar ini antara tempat popular dan sibuk sebab dihadapan Pizza ni Sungai Johor tempat orang ramai beriadah waktu petang.Di sebelahnya pula Pasaraya Kini,tempat orang membeli-belah.Di sebelah belakang bangunan Pizza ini pula terdapat banyak kedai-kedai menjual kain ela.Kedai kemboja lah senang cakap.

Jeti Tun Sri Lanang















Ini pula Jeti Tun Sri Lanang,berdepan dengan Pasaraya Kini,kawasan lapang ini juga pernah diadakan Big Screen sewaktu final bola sepak JDT menentang Pahang.JDT tewas penalti.


Sungai Kota Tinggi















Ini Astaka Budaya boleh digunakan untuk sebarang aktiviti kemasyarakatan,mungkin perlu minta kebenaran MDKT dulu.Dan bangunan ini juga terletak di depan Pizza Hut.



Sungai Kota Tinggi















Inilah kawasan riadah tepi sungai , waktu petang memang tenang kat sini , boleh memancing tiada larangan..


Kip Mart Kota tinggi















Pasaraya Kip Mart,berdepan Heritage Mall.Pasar basah menjual ikan dan sayur segar.Boleh kata sentiasa ramai orang kat pasaraya ni sebab hampir semua barang keperluan ada di sini dengan harga yang berpatutan malahan tempat yang strategik di tengah kota dan dekat dengan taman perumahan.Rumah aku sebelah Kip Mart ni je..hahah..Lain-lain bersebelahan adalah Court Mammoth , Old Town , Al-Ikhsan , 7 Eleven dan Ten Ten...


Hotel Bin Khaled




















Ini Hotel Bin Khaled Kota Tinggi , baru siap dalam 2-3 minggu.Sesiapa datang ke Kota Tinggi boleh la tempah hotel ni..


Sebenarnya ada banyak lagi gambar-gambar sekitar kota tinggi ni,dan aku akan update ke lain post.
Insya-Allah aku akan perkenalkan tempat-tempat yang boleh di kunjungi di sekitar Kota Tinggi ni nanti macam Kota Tinggi Waterfall , Tanjung Sedili , Pantai Tanjung Balau , Pantai Batu Layar ,Teluk Sengat dan beberapa felda sekitarnya.Insya-Allah...Bertemu lagi...

Wassalam...














Rabu, 25 Mac 2015

Servis kereta wira - 3

Super Touring Clutch 8.5 inches

Assalamualaikum,

Post kali ini,aku nak berkongsi sekali lagi tentang pengalaman aku, iaitu kerja menukar clutch kereta wira dulu.Asal kereta wira 1.5cc , hanya menggunakan clutch single plate bersaiz 6.5" sahaja.Jadi aku berhajat tukar stock clutch kepada yang lebih besar berasal dari mitsubishi super touring.Tambahan stock clutch sudah berkhidmat lebih dari 13 tahun, also more than 200 km...speaking pulak dah.hahah...

Kerja-kerja menukar cluth ini memang susah sedikit,kalau buat seorang diri memerlukan tools yang mencukupi.Kerana untuk menukar cluth sahaja,gearbox perlu di buka dan di turunkan,gearbox ni tak lah ringan sangat kira-kira pun lebih dari 15kg.Ini termasuklah driveshaft yang bersambung ke gearbox,perlu di cabut terlebih dahulu.

















Gambar di atas ni masa kerja2 hendak menurunkan gearbox.

Mula-mula buka skrew driveshaft bersaiz 32..memang keras nak pusing skrew besar ni.Dan cabut keluar drive shaft...Perlu belajar cara cabut driveshaft ni,pasal perlu ada teknik yang betul baru dapat keluarkan nya.Boleh tahan susah kalau tak tahu...huhu..Lepas tu jack naik kereta.Kena pakai 2 jack untuk turunkan gearbox.

Nampak kat situ driveshaft boot yang tertinggal sebab dah koyak habis.Banyak skrew perlu dibuka,semua yang bersangkut paut di gearbox perlu di buka.Ini termasuk klip-klip pada lever gear,sckrew pada clutch pump,mounting gearbox,crossmember beserta mounting depan belakang enjin dan starter.Keluarkan gearbox fluid juga.

















Ini keadaan gearbox housing selepas di pisahkan dari enjin,nampak terlalu kotor.

















Selepas cuci,bersih sedikit.Baru sedap mata memandang.haha...

















Ini lah perbezaan antara stock cluth dan clutch super touring.Nampak besar kerana super touring datang dari enjin 1.8cc beserta clutch 8.5"..Clutch ni aku beli online kat mudah.my sekitar RM200 termasuk poslaju.

















Ini saranan dari member aku,bila dah buka gearbox ni,perlulah tukar terus oil seal di bahagian center tu,berbentuk ring berwarna coklat...Bila rosak pada oil seal ni,minyak enjin boleh leaking dan menyebabkan kerosakan teruk kerana tiada pelincir..Dan kos menukarnya sangat mahal kalau nak dibandingkan dengan harga barang kerana perlu buka semua ni semata-mata nak tukar oil seal sahaja...huhh...harga barang sekitar RM50,kos tukar lebih kurang RM150-RM200...

















Inilah keadaan cluth super touring siap di pasang.Nampak penuh pada bahagian flywheel tu..Tak sempat sebenarnya aku nak skim flywheel tu..Kalau tak,mungkin flywheel lebih ringan , sebab stock berat sangat.
Apa pun kena minta nasihat sebelum skim.


















Ini driveshaft,ada kerosakan pada CV Joint dia,jadi aku tukar CV Joint baru sahaja.Maksud CV Joint ni Constant Velocity Joint.Untuk kereta wira ada 3 siri driveshaft,jadi kalau nak beli CV Joint,kena bawak yang asal-lama ke kedai spare part sekali.

















Sekadar gambar tambahan,selepas itu pasang semula gearbox ke tempat asalnya nya dengan menggunakan jack dan pastikan semua skrew dipasang semula.Jangan ada yang tertinggal..haha..Kalau nak senang,masa buka tandakan semua skrew supaya tidak bercampur.


Setelah siap semua di pasang,ujian kereta di buat dan kesan nya memang berbeza.Pick-up dan acceleration.Lebih relax memandu kerana kurang slip berlaku pada clutch plate dengan flywheel.Mudah semasa memotong.Siapa yang dah pakai,dia tau lah...hahah..

Terima kasih kerana sudi datang.

Wassalam...


























Isnin, 23 Mac 2015

Servis Intake Proton Wira-1

Assalamualaikum,

Hai apa khabar semua,terima kasih sudi dtg ke blog ni,
Post kali ini cuma hendak berkongsi gambar sewaktu menggunakan kereta wira dulu...Gambar2 di bawah ni adalah antara kerja2 aku sendiri,servis ringan pada bahagian enjin terutamanya dan beberapa part lain...
Servis ringan ni maksudnya sekadar cuci2 bahagian enjin je..Lain2 yang advance aku tak pandai..hahahah..
Jadi aku tunjuk yang pertama aku cuci manifold intake 4g15P Single Cam proton ni.



manifold intake wira
















Ini lah intake 4g15 kereta aku,aku bukak nak cuci bahagian dalam nya,sebab aku nampak dari lubang throttle body rupanya dah kotor dengan habuk yang bercampur minyak.Cara bukak memang ada semak skit,sebab wire semua berselirat.Buka semua skrew size 10 yang bersangkut paut kat area intake tu termasuk in/out fuel rail..Dan untuk bahagian intake ni ada 8 skrew size 12...4 bji nut bhagian atas dan 4 bji bolt bhagian bawah..kat bahagian bawah tu yang sedikit susah.Jadi ikut pandai korang lah kalau nak diy..haha..


intake manifold 4G15















Ini lah intake manifold 4g15 bila dah buka.Ikutkan gambar ni selepas cuci...Yang sebelum cuci takda pulak..Sama jelah..



















Inilah rupa keadaan dalam intake tu.Memang patut kalau dah 12-13 tahun tak cuci.


















Ini selepas cuci,aku guna bantuan sejenis chemical yang di beli di sebuah kedai di desa cemerlang,Ulu Tiram Johor...Tak payah sental,cuma sembur je guna pressure bottle..Tapi tak boleh kena kulit,nanti gatal..




















Ini pulak bahagian injector,asalnya kotor berminyak tapi lepas cuci jadi bersih sikit..kemudian aku polish buang "bur" kat bahagian mulut dia...asal nya surface dia kasar,lepas polish,ada sikit licin lah...main2 je..huhuhu...



Fuel Rail Polish















Ini intake aku 1 set,fuel rail tu aku hantar polish je kat kilang aku kerja....Bagi kat mat myanmar,sejam dah siap..sekali nhan injector...adalah sikit silau kat situ...hahaha..


















Lepas siap semua,pasanglah semula ketempat asalnya..Namun kesan dari kerja ni,ternyata akan ada perbezaan yang ketara pada "pick-up" kereta..Acceleration juga berbeza.Mungkin kerana kelancaran angin dalam intake selepas cuci...



** intake manifold , manifold intake wira , 4G15 manifold intake ,wira 1.5



Servis Kereta Wira - 2

Bertemu kita lagi,hari ini aku akan kongsikan pengalaman  membuat top overhaul masa pakai kereta wira dulu.Kerja ini aku buat setahun lepas,jadi aku nk kongsikan gambar2 jelah.Disebabkan aku buat seorang diri,banyak part aku tak dapat amik gambar,jadi aku tunjuk mana yang ada je lah.


Head Block 4G15















Ini rupa dalam head selepas rocker cover dibuka.Tak susah nak buka rocker cover ni,cuma ada 6 biji skrew size 10.



rocker arm



Nampak jelas rocker arm,spring retainer dan cam shaft yang sudah kotor dengan minyak hitam.Semua ini akan di cuci sekejap lagi.


















Ini adalah gambar setelah head block dibuka,untuk membukanya memang ada rumit sedikit tambahan melibatkan timing belt.Dek kerana buat sorang,takda yang bantu amik gambar waktu tu.Tapi takpa,kalau korang ada member2 yang mahir bab enjin,korang buka je semua tu,tapi jangan sepah2 kang nak pasang semula,roger member tu minta tolong pasangkan.hahah..Jadi gambar di atas ni,waktu aku nak buang minyak2 yang melekat kat area head block tu,caranya aku rendam dalam tong berisi air sabun basuh baju.Sebab sabun tu jenis panas.Aku rendam dalam sehari jugak dan esoknya aku keluarkan dan bilas sahaja.Sekali rendam aku masukkan semua part-part yang berkaitan termasuk spring,valve,cam shaft dan lain2...


head 4g15















Inilah keadaan head block selepas di keluarkan,aku hanya bilas dengan air dan buat sedikat polish work pada lubang intake dan lubang exhaust.



Polish Intake
















2 gambar di atas adalah lubang intake dan exhaust setelah di cuci dan di polish sedikit..Tools x cukup,polish pakai tangan sahaja,hasil dari kerja suka2..haha..Alang2 dah buka aku terus sahaja buat kerja2 valve overlapping.Biasa orang panggil grind valve.



grind valve
















Untuk kerja2 grind valve aku gunakan grinding compound brand permatex,letak di sekeliling valve sebelum kerja2 overlapping dilakukan dan ini perlu dilakukan pada semua valve yang ada,jadi enjin 4G15 ni ada 12 valve,jenuh jugak nak settlekan..huh...Sekarang dah pakai V6 DOCH,ada 32 valve...kalau ada kerja2 overlapping lepas ni mau aku sub kat orang lain.hahahaha...



Head Block 4g15 2



Setelah siap semuanya,aku pun pasang semula lah apa2 yang dah di buka dulu.Bab pasang ni pun aku tak pandai sangat,jadi aku panggil member foreman,minta tolong setting tapped.Malahan untuk ketatkan skrew pada head block juga perlu mengikut step dan menggunakan torque wrench tools.

Inilah hasil kerjanya,nampak bersih sikit.Walaupun tak sehebat mana,tapi banyak aku belajar dari diy ni.Bila buat sendiri ni,lebih puas hati sebab nampak apa yang aku buat.Jika korang nak buat,pastikan minta nasihat dari member2 yang tahu bab enjin ni dulu.Insya-Allah pasti mudah.

Wassalam.















Projek Tukar Suspension Kancil