Translate

Isnin, 23 Mac 2015

Servis Kereta Wira - 2

Bertemu kita lagi,hari ini aku akan kongsikan pengalaman  membuat top overhaul masa pakai kereta wira dulu.Kerja ini aku buat setahun lepas,jadi aku nk kongsikan gambar2 jelah.Disebabkan aku buat seorang diri,banyak part aku tak dapat amik gambar,jadi aku tunjuk mana yang ada je lah.


Head Block 4G15















Ini rupa dalam head selepas rocker cover dibuka.Tak susah nak buka rocker cover ni,cuma ada 6 biji skrew size 10.



rocker arm



Nampak jelas rocker arm,spring retainer dan cam shaft yang sudah kotor dengan minyak hitam.Semua ini akan di cuci sekejap lagi.


















Ini adalah gambar setelah head block dibuka,untuk membukanya memang ada rumit sedikit tambahan melibatkan timing belt.Dek kerana buat sorang,takda yang bantu amik gambar waktu tu.Tapi takpa,kalau korang ada member2 yang mahir bab enjin,korang buka je semua tu,tapi jangan sepah2 kang nak pasang semula,roger member tu minta tolong pasangkan.hahah..Jadi gambar di atas ni,waktu aku nak buang minyak2 yang melekat kat area head block tu,caranya aku rendam dalam tong berisi air sabun basuh baju.Sebab sabun tu jenis panas.Aku rendam dalam sehari jugak dan esoknya aku keluarkan dan bilas sahaja.Sekali rendam aku masukkan semua part-part yang berkaitan termasuk spring,valve,cam shaft dan lain2...


head 4g15















Inilah keadaan head block selepas di keluarkan,aku hanya bilas dengan air dan buat sedikat polish work pada lubang intake dan lubang exhaust.



Polish Intake
















2 gambar di atas adalah lubang intake dan exhaust setelah di cuci dan di polish sedikit..Tools x cukup,polish pakai tangan sahaja,hasil dari kerja suka2..haha..Alang2 dah buka aku terus sahaja buat kerja2 valve overlapping.Biasa orang panggil grind valve.



grind valve
















Untuk kerja2 grind valve aku gunakan grinding compound brand permatex,letak di sekeliling valve sebelum kerja2 overlapping dilakukan dan ini perlu dilakukan pada semua valve yang ada,jadi enjin 4G15 ni ada 12 valve,jenuh jugak nak settlekan..huh...Sekarang dah pakai V6 DOCH,ada 32 valve...kalau ada kerja2 overlapping lepas ni mau aku sub kat orang lain.hahahaha...



Head Block 4g15 2



Setelah siap semuanya,aku pun pasang semula lah apa2 yang dah di buka dulu.Bab pasang ni pun aku tak pandai sangat,jadi aku panggil member foreman,minta tolong setting tapped.Malahan untuk ketatkan skrew pada head block juga perlu mengikut step dan menggunakan torque wrench tools.

Inilah hasil kerjanya,nampak bersih sikit.Walaupun tak sehebat mana,tapi banyak aku belajar dari diy ni.Bila buat sendiri ni,lebih puas hati sebab nampak apa yang aku buat.Jika korang nak buat,pastikan minta nasihat dari member2 yang tahu bab enjin ni dulu.Insya-Allah pasti mudah.

Wassalam.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Projek Tukar Suspension Kancil