Translate

Ahad, 29 Mac 2015

Valentino Rossi Juara Qatar MotoGp

Assalamualaikum..

The Man Of The Moment MotoGp Qatar















Menarik pagi ini,Valentino Rossi berjuang dalam perlumbaan MotoGp Qatar..Dah lama juga aku tak tengok aksi Rossi macam pagi tadi..Perlawanan menentukan juara sangat mendebarkan.

Jika ada sesiapa yang menonton perlumbaan tu,ianya memang sangat menarik.Aksi Rossi bermula dari petak 13 pasti ada yang menjangkakan dia mungkin sekadar menghabiskan perlumbaan pada kedudukan antara 5-10 sahaja...Namun Valentino Rossi membuktikan rekod hambar dalam beberapa perlawanan musim lalu bukan penyebab dia mesti sekadar menghabiskan pusingan tetapi juga mesti menang dan juara.

Pada selekoh pertama perlumbaan bermula,Rossi berada pada kedudukan 10,dan beliau telah menentang satu persatu sehingga mendapat tempat ke-2 dan perlumbaan berbaki 2 pusingan.Penentuan juara , Rossi menentang Andrea Dovizioso dari Ducati Team memang bukan mudah.Jika di lihat pada perlumbaan itu Ducati mudah memotong Yamaha di jalan lurus.Jadi Rossi harus mengambil peluang meninggalkan Dovizioso pada jalan selekoh.Dan semangat Rossi untuk memperlihatkan dia masih berbisa benar-benar terbukti dengan kejuaraan nya itu.

Namun nasib tidak menyebelahi Marquez,bermula dari petak 3,namun tersasar pada selekoh pertama menyebabkan dia berada pada kedudukan 20 pada permulaan perlumbaan.Tetapi Marquez selaku pemegang Juara Dunia 2014 mudah memotong 14 pelumba lain untuk mendapat tempat ke-5.

Permulaan musim di Qatar memang menarik.
Tahniah Untuk Rossi.

Berikut link Youtube...di ambil dari phone Samsung Note2.
Sorry the quality video is bad.

 Link : https://www.youtube.com/watch?v=viz14_D87Rs&feature=youtu.be















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Projek Tukar Suspension Kancil