Translate

Khamis, 26 Mac 2015

Windscreen Sticker

Windscreen Sticker Installation

Projek Pasang Stiker

Assalamualaikum,

Apa khabar anda semua,terima kasih masih sudi berkunjung ke blog aku ni..Hari ni hari Jumaat 27 Mac 2015..Aku nak berkongsi satu projek ringkas iaitu projek memasang stiker di cermin hadapan kenderaan
( windscreen ) yang aku baru buat malam tadi..

Sangkaan aku memasang sticker ni mudah,tapi bila dah buat rupanya susah jugak.Mungkin sebab aku tak biasa,cuma banyak tengok orang buat sahaja sebelum ni.Ok lah kita terus pada gambar..


Windscreen Sticker


Mula-mula aku cuci dulu cermin depan tu sebersihnya..Asalnya ada watermark,jadi aku gunakan watermark remover untuk cuci..Pastikan bersih jelah..kerja simple.





Sangkaan aku mudah,lalu aku terus setting sticker on center dan terus tampal...Tapi apa terjadi,dalam 5% proses aku nampak banyak gelembung udara kat stiker tu.Aku dah mula tension sebab nak buka semula dan dah mula pikir susah..Adohaii...

Aku pun guna kaedah ke 2,biasa kita tengok kat kedai tinted cermin,diaorang guna sabun.Ok lah,aku pun setting sabun dan apply kat cermin.


Windscreen Sticker






Nampak gaya pakai sabun macam senang sikit,aku pakai sabun mandi Shokubutsu..Banyak buih oo..Lepas tu terus tampal stiker kat cermin dan setting ke tengah.


Windscreen Sticker



Kemudian untuk buang sabun yang ada kat dalam stiker tu,aku gunakan wiper je.Pasal tools x beli..Pastikan rata dan tiada gelembung udara.Waktu proses ni,sticker akan bergerak-gerak sebab sabun yang masih ada antara cermin dan stiker tu.Jadi kena sabar sikit dan perlahan-lahan.





Waktu proses buang sabun.


Windscreen Sticker



Setelah sejam buang sabun , potong bahagian yang tidak diperlukan  dan keringkan..Aku pakai hair dryer untuk keringkan..




Boleh nampak lebih kurang,tiada gelembung udara dan rata... DIY ..taklah sempurna sangat..huhu...


Windscreen Sticker



Ini keadaan bila dah siap.. Jenuh jugak lah...estimate masa dalam 2 jam..kejang betis dok tertonggeng sana,tertonggeng sini.hahaha..

Jadi kalau korang nak diy kat rumah,mungkin boleh la folo step ni.Sekian sahaja..

Wassalam...







2 ulasan:

  1. Salam. Boleh tau kat mana beli sticker ni x? Sebab design ni dah kurang tak banyak dah kedai jual.

    BalasPadam
  2. W'salam...
    Saya beli kat kedai aksesori kereta.Biasa kedai cam tu ada jual...

    BalasPadam

Projek Tukar Suspension Kancil