Translate

Sabtu, 21 Mac 2015

Servis Tukar Minyak Gearbox Perdana V6

Assalamualaikum,

Bersua lagi kita,terima kasih sudi datang ke blog ni,pagi Jumaat yang mulia ni aku cuma nak berkongsi pengalaman dalam menukar minyak gear auto kereta perdana V6.Sebelum aku diy gear auto fluid ni,aku akan tanya dulu pada sorang member yang sememangnya berpengalaman dalam bab kereta.Aku suka kerja dia,pasal kemas,tertib dan tak kedekut ilmu dalam bidang auto ni malahan murah hati..Allah sajelah dapat membalas budi baik dia...amin..

Jadi soalan paling lazim adalah minyak apa yang sesuai dengan gearbox auto Perdana V6 ni,pasal ramai orang cakap V6 auto sangat manja dan perlu penjagaan rapi,malahan pemanduan skema sangat dititik beratkan..tak boleh ganas2,nanti gear auto cepat rosak..haha...Jadi kawan aku ni syorkan minyak keluaran Proton sahaja kerana mereka lebih arif dengan gearbox keluaran mereka sendiri.

Boring nak baca,aku pon da tak pandai taip...kita teruskan dengan projek ni...

Oleh kerana aku owner baru,jadi aku lebih selesa menukar minyak gearbox ni secara menyeluruh,maksudnya keluarkan semua minyak lama,buka oil sump,cuci magnet pada oil sump dan menukar filter gear fluid.

Pertama korang kena jack kereta sehingga pada paras selesa korang boleh baring kat bawah kereta tu,disebabkan aku diy kat rumah...maka aku guna stok jack (jack sedia ada) yang proton bagi kat bonet belakang...Gambar takda lupa amik..kalau kat kedai mungkin pakai hydraulic jack,kereta tergantung tak payah susah2 nak baring...

Jangan lupa safety,letakkan jack stand,batu atau kayu tebal separas ketinggian jack tadi di bahagian sisi bawah skirting kereta,kerana apa2 kemungkinan berlaku seperti jack rosak kereta tidak akan terus jatuh ke bawah dan menimpa kita kerana adanya penahan dibawah skirting tadi...




Jack Stand
















Ini gambar contoh menggunakan jack stand...bagi yang takda jack ni boleh lah guna apa2 yang sesuai bagi manahan kereta anda..Selepas itu,dah boleh buka nut size 19 (kalau tak salah) pada oil sump gearbox untuk mengeluarkan minyak lama.



Gearbox Oil Filter Perdana V6




















Ini adalah gambar selepas oil sump dibuka.Untuk membuka oil sump ni,ada leceh sikit pasal ada 13 biji skrew size 10.Jadi aku gunakan spanar jenis T10 untuk memudahkan kerja.
Kemudian umpil sikit pada bahagian tepi oil sump sebab mekanik lama guna gam gasket untuk mengelakkan leaking dan kesannya oil sump melekat sikit....Kat gambar tu jugak boleh nampak benda plastik warna hitam, itu adalah filter minyak gearbox ni.Ada 4 skrew size 10,sedikit panjang berbanding skrew oil sump tadi.Buka semua untuk keluarkan filter.



Oil Filter Perdana V6




















Ini adalah gambar filter yang lama.




Oil Sump Perdana V6




















Ini pula oil sump yang baru di buka.Boleh nampak ada 5 biji magnet di situ,berfungsi sebagai penarik habuk besi halus.Oil sump ini perlu di cuci beserta magnet nya dan buangkan gam gasket lama tu skali.Untuk cuci aku pakai sabun serbuk basuh baju je pasal sabun serbuk ni "panas" sikit dan mudah untuk bersihkan minyak kat oil sump tu.




Servis Kit Gearbox Perdana V6




















Ini adalah filter kit gearbox auto V6,sekali datang dengan gasket.Tapi gasket tu aku tak pakai,terus guna gam gasket sahaja.Terpulang pada anda samada nak guna atau tidak.





















Ini adalah gam gasket yang aku gunakan.Permatex ultra Grey.Buat masa ni tidak mengecewakan..

Selepas semua dah cuci,keringkan oil sump...letakkan magnet pada kedudukan asalnya dah bubuh pulak gam gasket tu sekeliling oil sump.Jangan lupa oil filter gearbox perlu dipasang dahulu,dan pasang semula oil sump tadi ke tempat asalnya.

Disebabkan saya buat sendiri,jadi saya biarkan gam gasket mengering seharian.


Minyak Gearbox Perdana V6















Inilah automatic transmission fluid SPIII yang saya gunakan.Dengar kata SP tu Special Product.Jadi kena tanya yang lebih arif untuk kepastian.Dan corong tu saya diy sendiri gunakan gas pipe dan sambung pada muncung botol.



















Untuk masukkan minyak gearbox,boleh check ada satu pipe kecil sebelah kiri dekat bawah bateri kereta.
Pipe ini adalah tempat untuk fluid level check.Jadi boleh masukkan dari situ.


















Selepas itu masukkan minyak gear mengikut level yang ditetapkan dan start enjin "mainkan" semua gear auto anda satu persatu dan check semula level minyak.Klau kurang tambah.

Inilah perkongsian aku untuk post ini,semua risiko adalah atas tanggungjawab sendiri.Jika yakin insya-Allah semua mudah.Terima Kasih..




17 ulasan:

  1. Tkasih dgn perkongsian yg sgt berguna ni bro, sy br 1st time nak cuba diy ni...

    BalasPadam
  2. Sama-sama... : ) ... insya-Allah boleh...

    BalasPadam
  3. Assalam...
    bOss, knp lepas sy tukar minyak gear box, bila jln lebih kurang 15km atau dgn kata engine da start panas... setiap kali bila berhenti di traffic light atau menunggu giliran utk bergerak jln jam.. time ni la waktu tekan minyak, gear akan terasa kosong skjp selepas itu dia akan "Jerk" br gear akan msuk semula... apa sbbnya ye?? blh minta pencerahan tak bOss?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cukup tak minyak dalam gearbox? Check waktu enjin hidup.

      Padam
    2. Minyak ckup pada paras yg ditetapkan bOss..

      Padam
  4. sedara ayee ahmad..ikut pengalaman saya,filter auto tu tak ditukar sekali tu masa tukar minyak gear..filter auto dah sumbat kena tukar segera..
    setakat ni solution en ayee mcmana..?

    BalasPadam
  5. salam tuan..tumpang tnya..sy pkai perdana SEI auto...bila sy brek kereta gearbox sy ad sentakan sedikit dan bbunyi "duk"..keadaan same blaku bila mdaki bukit...adkh gearbox nk rosak or perlu tukar ssuatu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mounting tukar boss..selalu masalah mounting

      Padam
    2. Yaa sama syapon jadi lagutu jugak sebap apa yer

      Padam
  6. Terima kasih utk info, saya baru guna V6 9 bulan, tetapi banyak perkara maintenance yg saya tak tahu

    BalasPadam
  7. Salam tuan.sy pakai perdana v6.nk tanya skit tuan.kalaw masuk minyak gearbox lebih(banyak)bleh jadi rosak tak.?

    BalasPadam
  8. Salam tuan. Cuma nak kepastian berapa sebenarnya kapasiti tepat minyak utk d masukkan dlm gearbox? Smpi tak 4 liter? Supaya senang nak servis dan tahu brapa liter nak beli mnyak.. terima kasih tuan

    BalasPadam
  9. Abang, berapa liter sp3 nak tuang masuk gearbox?

    BalasPadam
  10. Penulis ni xcakap berapa liter penggunaan minyak auto perdana v6...

    BalasPadam
  11. Berapa ribu KM patut sekali tukar minyak ATF ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. 20000 km. Sbab minyak ATF PROTON bukan fully synthetics. Saya pakai brand Shenzo 60000km

      Padam

Projek Tukar Suspension Kancil