Translate

Khamis, 26 Mac 2015

Kota Tinggi - Johor - Malaysia

Assalamualaikum,

Post kali ini tiada kaitan dengan kereta atau kerja diy.Aku cuma nak berkongsi tempat dimana aku tinggal.
Mungkin orang Malaysia sudah kenal dengan nama Daerah Kota Tinggi.Tapi aku percaya , Kota Tinggi lebih dikenali hanya selepas banjir besar melanda daerah ini 2 kali berturut-turut dalam jangka masa yang singkat pada Disember 2006.Sebelum itu mungkin kalau sebut nama Kota Tinggi masih ramai yang tidak tahu.

Kota Tinggi bukanlah sebuah bandar besar yang banyak pusat hiburan ataupun kemudahan,mungkin kepadat n penduduk yang masih belum mencapai level tertentu menyebabkan kawasan ini masih lagi sederhana maju.Malahan masih lagi belum mandapat status Majlis Perbandaran Kota Tinggi (sekarang Majlis Daerah Kota Tinggi).

Namun Kota Tinggi bangun dari peristiwa hitam,sehingga Tahun 2015 banyak perubahan telah berlaku di kawasan ini.Jadi ada beberapa gambar yang di ambil pada 23 Januari 2015 lepas sekitar Kota Tinggi ini.

Kota Tinggi


Dataran jam Kota Tinggi















Dataran Kota Tinggi , sudah 2 tahun tempat ini menjalankan aktiviti niaga petang ke malam yang lebih dikenali Bazar Karat Kota Tinggi.


Kfc kota tinggi















Antara kawasan yang sibuk di tengah bandar , lampu isyarat berdepan Plaza Kota Tinggi ,Dataran Kota Tinggi dan KFC.KFC adalah syarikat fast food terawal membuka cawangan di Kota Tinggi ini.


Restoran Haji Daud Kota Tinggi




















Restoran Haji Daud Kota Tinggi , yang sentiasa ramai orang..Besebelahan Plaza Kota Tinggi dan berdepan dengan KFC.



Plaza Kota Tinggi















Plaza Kota Tinggi,diambil dari Petrol Pump Shell.Kalau tak silap,kediaman di atas tu tak berpenghuni.



Plaza Kota Tinggi




















Inilah Plaza Kota Tinggi,sayangnya tempat ini semakin kurang dapat perhatian.Dulu inilah bangunan paling sibuk dengan pengunjung lebih-lebih lagi pada cuti minggu dan hari perayaan.Mungkin saingan dari beberapa pasaraya lain yang wujud di sekitarnya.Rumah aku tak jauh dari plaza ni,jalan kaki 2-3 minit dah boleh sampai.


Mcdonald Kota Tinggi















Mcdonald juga ada buka cawangan nya di sini.Tapi lewat sedikit berbanding Pizza Hut.


Pizza Hut Kota Tinggi















Ini pula Pizza Hut,kawasan sekitar ini antara tempat popular dan sibuk sebab dihadapan Pizza ni Sungai Johor tempat orang ramai beriadah waktu petang.Di sebelahnya pula Pasaraya Kini,tempat orang membeli-belah.Di sebelah belakang bangunan Pizza ini pula terdapat banyak kedai-kedai menjual kain ela.Kedai kemboja lah senang cakap.

Jeti Tun Sri Lanang















Ini pula Jeti Tun Sri Lanang,berdepan dengan Pasaraya Kini,kawasan lapang ini juga pernah diadakan Big Screen sewaktu final bola sepak JDT menentang Pahang.JDT tewas penalti.


Sungai Kota Tinggi















Ini Astaka Budaya boleh digunakan untuk sebarang aktiviti kemasyarakatan,mungkin perlu minta kebenaran MDKT dulu.Dan bangunan ini juga terletak di depan Pizza Hut.



Sungai Kota Tinggi















Inilah kawasan riadah tepi sungai , waktu petang memang tenang kat sini , boleh memancing tiada larangan..


Kip Mart Kota tinggi















Pasaraya Kip Mart,berdepan Heritage Mall.Pasar basah menjual ikan dan sayur segar.Boleh kata sentiasa ramai orang kat pasaraya ni sebab hampir semua barang keperluan ada di sini dengan harga yang berpatutan malahan tempat yang strategik di tengah kota dan dekat dengan taman perumahan.Rumah aku sebelah Kip Mart ni je..hahah..Lain-lain bersebelahan adalah Court Mammoth , Old Town , Al-Ikhsan , 7 Eleven dan Ten Ten...


Hotel Bin Khaled




















Ini Hotel Bin Khaled Kota Tinggi , baru siap dalam 2-3 minggu.Sesiapa datang ke Kota Tinggi boleh la tempah hotel ni..


Sebenarnya ada banyak lagi gambar-gambar sekitar kota tinggi ni,dan aku akan update ke lain post.
Insya-Allah aku akan perkenalkan tempat-tempat yang boleh di kunjungi di sekitar Kota Tinggi ni nanti macam Kota Tinggi Waterfall , Tanjung Sedili , Pantai Tanjung Balau , Pantai Batu Layar ,Teluk Sengat dan beberapa felda sekitarnya.Insya-Allah...Bertemu lagi...

Wassalam...














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Projek Tukar Suspension Kancil